CERITERA HIDUPKU

CERITERA HIDUPKU

Sunday, June 29, 2014

Yippe!!! It's RAMADHAN!!!



Assalamualaikum semua… Salam Ramadhan…

Hari ini 1 Ramadhan 1435H bersamaan 29 Jun 2014. Hari ini adalah hari pertama semua umat Islam kat seluruh dunia ini berpuasa kan? Itu pun termasuklah kita2 ini. Puasa di bulan Ramadhan merupakan rukun Islam yang ke-3. Cuba kita lihat surah Al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud:

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, 

Haaa, nak jadi orang yang bertaqwa, kita mestilah berpuasa di bulan Ramadhan kan? Tapi kalau kita yg perempuan ini spesel sikit la... selalunya kita tak boleh nak puasa penuh sebulan sebab kita tiap2 bulan ABC (Allah bagi cuti) hehe... :) Seperti kita semua tahu, fadhilat bulan Ramadhan ini teramatlah banyak. Antaranya adalah:

  • Bulan yang diturunkan al-Quran di dalamnya. 
  • Bulan Ramadhan adalah bulan pemilik satu hari yang bersamaan dengan seribu bulan
  • Bulan Ramadhan adalah bulan yang mana amalan sunat akan diberikan pahala fardhu, dan amalan fardhu akan dilipatkaligandakan pahalanya sebanyak tujuh puluh kali.
  • Bulan Ramadhan adalah bulan yang sentiasa dirindui kedatangannya oleh orang-orang yang soleh lagi beriman.
  • Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan maghfirahNya, bulan untuk kita bertaubat dan menyucikan diri kita.

Selain itu, Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Terlalu banyak bukan fadhilat bulan Ramadhan ini? Sebab itu kita kena berlumba-lumba dalam mencari keredhaan dan keampunan Allah dalam bulan ini. Kita juga harus sedar bahawa bulan Ramadhan ini adalah bulan yg mendidik jiwa kita untuk mengawal segala hawa nafsu yg ada dalam diri kita. Kita bukan setakat menahan diri kita dari makan dan minum malahan lebih dari itu. Bulan ini ibarat kem disiplin diri yang kita selalu pergi waktu sekolah2 dulu. Kem yang mengajar kita menjadi muslim yang lebih baik. Iyalah, pada bulan ini kan syaitan2 semua dibelenggu, jadi kita akan berlawan dengan nafsu kita sendiri. Jadi mahu tak mahu kita mesti menguatkan diri kita untuk melawan nafsu kita sendiri.

Kalau kita pergi kem, mestilah ada aktiviti2 yang mesti kita lakukan, betul tak? Sama la dalam bulan Ramadhan ini, banyak ibadah yang boleh kita lakukan dalam bulan yang mulia ini. Dan yang paling best,kalau kita buat amalan sunat akan diberikan pahala fardhu, dan kalau kita buat amalan fardhu akan dilipatkaligandakan pahalanya sebanyak tujuh puluh kali. Pergh, terbaik la!!! Cuba bayangkan, kalau kita bayar untuk beli sebuah banglo tapi kita dapat 10 biji banglo disebabkan ada promosi terhebat masa itu. Wah, memang syok habis la kan.. Haha.. Seronok sangat sampai boleh melompat menggapai awan.. Yippe!!! okay, OVER di situ… ini sekadar analogi je tau. Tak adanya dalam dunia ni bayar untuk satu dapat sepuluh. Paling baik pun selalunya buy one free one. Kalau buy one free ten tak pernah pula jumpa.. tapi bulan Ramadhan ini memang sangat2 spesel. Rugi kalau kita mensia-siakannya.. jadi, marilah kita beramai-ramai berpesta. Pesta? Yup,kita berpesta ibadah… :D
 
Antara amalan-amalan yang boleh kita lakukan:

  • Bangun malam (qiamullail)
  • Bersahur di akhir waktu.
  • Tadarus al-Quran
  • Memperbanyakkan zikir
  • Bersedekah kepada faqir miskin
  • Memberi makan untuk orang berbuka puasa
  • Solat sunat tarawih
  • Memperbanyakkan berdoa ketika berpuasa
  • Solat fardhu secara berjemaah (bagi lelaki)
  • Solat sunat seperti solat sunat rawatib, solat sunat dhuha dan banyak lagi.
  • Meninggalkan perkara-perkara yang mendatangkan dosa

Sebenarnya, banyak lagi yang boleh kita lakukan dalam bulan Ramadhan ini. Yang di atas ini antara yang common la… 

Malam Lailatul Qadar. Pernah dengar kan? Cuba kita rujuk surah yang ke-97 dalam al-Quran. Surah Al-Qadr. Surah ini memberitahu kita kemuliaan Lailatul Qadar. Ayat ke-3 surah ini bermaksud:
Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.

Di malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain.  Disebutkan di dalam sebuah hadith :-
Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain"
( Riwayat Muslim, no 1175 ) rujukan

Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini. Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil.

Jadi, kita ada misi yang perlu dilaksanakan ini. Dan ini bukanlah Mission Imposible tau, asalkan kita bersungguh-sungguh dalam mencari malam ini, InshaAllah kita akan bertemu dengan malam yang lebih baik dari seribu bulan ini.

Okay semua, siapkanlah diri kita. Bulan yang hanya sekali dalam setahun ini mesti kita manfaatkan sehabis baik. Gunakan segala masa dan tenaga kita untuk mengharungi bulan ‘kem disiplin diri’ ini untuk menjadi individu muslim yang sejati. 

Marilah kita semarakkan Ramadhan!!!

Mari kita mentarbiyah diri!!!

http://www.imedik.org/wp-content/uploads/2014/03/RAMADHAN.jpg


Salam Ramadhan semuanya. Ampun dan maaf dipinta andai ada yang tersalah. Semoga Ramadhan kali ini memberikan seribu ataupun berjuta-juta keberkatan kepada kita semua.

Sunday, June 22, 2014

A.S.K.

Waktu terus bergulir,
Pantas meninggalkan kita,
Detik-detik bersama semakin suntuk,
Aku punya Kamu,
Kamu punya Aku,
Adakah semua ini akan bertahan?
Aku pun tidak tahu...

Cuma, waktu kita masih ada,
Aku mahu terus menikmatinya,
Aku tahu tak selamanya kita punya kita,
Sampai saat nanti tiba,
Ungkapan perpisahan mengiringi...

Kamu adalah sahabatku,
Kamu adalah temanku,
Kamu jugalah lawanku,
Saat berjauhan dari keluarga,
Kita punya kita untuk segalanya.

Terima kasih wahai teman,
Aku hargai segalanya,
Aku terima kamu apa adanya,
Aku harap kamu juga begitu,
Hanya tak tergerak lidahku,
Mengungkapkan dengan kata-kata,
Betapa dalamnya sayangku.

Cerita kita jangan pernah akhirinya,
Walaupun perpisahan akan tiba,
Doaku untukmu teman akan sentiasa ada,
Ibarat mata air di kaki gunung,
Selalu mengalir untuk menyegarkan.

Hei kamu, A.S.K,
A.S.K untuk selamanya. 





Saturday, June 21, 2014

Seketul Daging Itu

Kamu yang punya mata,
Jangan kau lihat hanya yang buruk dan hitam,
Yang kotor dan jijik...

Kamu yang punya telinga,
Jangan kau dengar hanya yang dusta dan sia-sia,
Hanya fitnah yang berleluasa...

Kamu yang punya lidah,
Jangan kau kata kekurangan di sana-sini,
Jangan kau kata perkara yang tak pasti...

Kamu yang punya hati,
Isilah dengan cahaya,
Bersihkanlah dari noda...
 
Seketul daging yang namanya hati,
Aku yakin kau tahu,
Tahu akan hakikat sekeping hati...

Hati adalah raja,
Raja untuk mata, telinga dan lidah,
Raja untuk semua anggota kita...

Kau dan aku,
Kita kena jaga hati,
Aku khabarkan perihal ini
kerana aku juga punya hati...

Ada apa dengan hati?
Hati kurniaan Ilahi,
Jangan kita biarkan mati...

p/s: Semoga coretan pada hari istimewa ini diberkati yang Maha Esa... InshaAllah...

Wednesday, June 18, 2014

Iqra'

Bacalah,
Kalau kau mahu cahaya.
Bacalah,
Kalau kau mahu selamat.
Bacalah,
Kalau kau mahu bahagia.
Bacalah,
Dengan mata hatimu.
Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan.

Wednesday, June 11, 2014

Coretan Hati

Mendung suram langit bagai berkongsi duka di hati, 
Unggas bersahutan memainkan lagu alam, 
Diri yang lemah selalu goyang, 
Bisikan halus yang datang entah dari mana kerap memanggilku, 
Bayangan dunia yang kononnya sempurna menarikku.
Aku harus kuat, aku harus berubah
Aku harus sedar dari fatamorgana dunia yang tidak menjanjikan apa-apa,
Moga hati ini sentiasa mengingatiMu, 
Harapan itu selalu ada dalam menggapai rahmatMu.