CERITERA HIDUPKU

CERITERA HIDUPKU

Wednesday, November 10, 2010

aku merinduimu ya rasulullah!!!


assalamualaikum....
hari ini aku buka fb dan aku tengok byk link yg berkaitan dgn kekasih ALLAH iaitu Nabi Muhammad SAW...
tiba2 aku terasa amat rindu kat baginda...ya ALLAH,aku seringkali melupakan kekasihMu ni Ya ALLAH..aku sering lupa untuk mengikuti sunnah baginda...aku kadang2 terfikir bahawa adakah aku ini umat yang mengikuti segala yang baginda serukan???adakah aku ini sudah menjadi hamba ALLAH yg benar2 taat kepadaNya???dan tahukah korang smua jawapan yg aku fikirkan skrg???

jawapannya:aku belum lg menjadi hamba ALLAH yg betul2 taat kepadaNya...aku belum lagi menjadi umat Muhammad yg betul2 mengikut sunnahnya...

sebenarnya aku betul2 terharu kerana saat Rasullulah sedang bergelut dengan sakitnya sakaratulmaut,baginda still lg menyebut ummati...ummati...ummati...(umatku,umatku,umatku).first time aku dgr citer ni kat sekolah sempena ceramah maulidur rasul...tahukah anda apa yg aku buat time tu???aku x sdar yg dada aku ni terasa amat sebak dan tanpa disedari air mata aku mengalir...aku terasa amat terharu kerana Rasullulah sebenarnya amat mencintai umatnya...aku rasa seperti Rasullulah amat risaukan kita semua.kawan2 ku,tahukah korg yg Rasullulah mmg amat cintakan kita...baginda adalah contoh yg paling baik bg smua umat manusia... baginda yg sepatutnya dijadikan IDOLA bg kita smua...tp,skrg ramai kwn2 kita kat luar sana yg jadikan artis dan spe2 la yg diorg suka sbg idola...kalau nak ckp yg artis2 tu smuanya bagus x jugak sbb ramai antara mereka(aku x kata smua ye) yg x menutup aurat dan bergaul secara bebas antara mereka... org cmni ke yg nak kita jadikan idola kita???kalau kita fikir secara logik akal pon mereka sebenarnya byk kelemahan yg mereka sendiri x dpt atasi..adakah org yg byk kelemahan kita nak jadikan idola??bak kata nabil 'lu pikir la sendiri' dan fikir itu hendaklah menggunakan hati kita...

berbalik kepada kisah baginda Rasulullah,akhlak yg baginda miliki ialah akhlak yg amat mulia..cuba anda semua bayangkan betapa susahnya Rasulullah yg waktu ketika itu orang2 zaman tu baru hendak mengenali islam..
Baginda telah dihina, dicaci,diejek malah baginda pernah dicederakan oleh umat jahiliah dgn dibaling batu sampai baginda berdarah-darah...tapi,pernah x baginda berhenti drpd berdakwah??? x pernah kan?? baginda dgn tabah menyebarkan dakwah kpd smua org ketika itu... baginda juga melayan semua orang disekeliling baginda dgn baik x kisah la org tu islam ke yahudi ke jahiliah ke...baginda x pernah menyimpan dendam kpd org2 yg pernah memusuhi baginda.malah baginda selalu mendoakan mereka agar mereka mendapat hidayah drpd ALLAH...baginda bukan sahaja seorg rasul yg hebat malah baginda juga seorang suami,ayah,teman yg baik.jadi, x da alasan la kita nak kata bahawa Nabi Muhammad SAW x boleh menjadi idola kita...

ingatlah wahai kwn2 ku,baginda teramat sayang kat kita semua tp adakah kita sayang kat baginda sebagai mana baginda sayang kat kita?cuba kita renung2 kan...berapa banyak kali dlm sehari kita mengingati baginda??adakah kita mengikut sunnah2 baginda??jgnlah mulut kita berkata kita mencintai Rasulullah sedangkan hati kita lupa pd baginda...sy tulis smua ini untuk peringatan kita bersama..disebabkan manusia sering lupa dgn tujuan asal mereka hidup di atas dunia ini jd picisan2 seperti ini mungkin dpt mengetuk pintu hati kita yg sering alpa ini untuk mengingati ALLAH dan Rasullulah..


mari kita sampaikan selawat dan salam kepada Rasullulah SAW,ahli keluarga baginda,sahabat2 baginda serta tabi'in2...


p/s:cuba korg klik kat tajuk post ni....nnt korg akan jumpa sesuatu yg best...cuba tau jgn x cuba pulak..klik kat 'aku merinduimu ya rasulullah!!!' so,hayatilah ye....

sekian,harap segala teguran dan komen terhadap apa yg sy tulis ini bolehlah anda smua kemukan dgn hati yg terbuka =)
wassalam