Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
senyum, tak perlu kata apa2...
senyumlah...senyumlah..ahai,cek mek molek...
hari ini topik kita adalah senyum... cuba semua orang senyum sikit.. kan comel tu.. :)
"Aku senyum kat kau tp kau boleh buat tak tahu je... Ish, bengang betul la! kau tengok la lepas ni, tak nak aku senyum kat kau lagi," marah Peah di dalam hati selepas senyuman seikhlas hatinya tidak dibalas oleh si Nona.
Ha, amacam? pernah berdepan dengan situasi macam ni? macam2 yg kita rasa kan? geram,marah,pelik,sedih... baru je nak dapat pahala sedekah senyuman tapi tup2 dapat dosa pula sbb terumpat org kat dlm hati...
senyum tu kan sedekah. kenapa kita nak mengharapkan balasan manusia? manalah tau kan masa kita senyum kat dia, dia dlm keadaan tak berapa stabil(tertekan atau sedih) atau dia rabun dan tak pakai spek masa tu atau dia tgh dok mengelamun ke atau dia memang tak perasan kita senyum kat dia ataupun dia memang muka macam tu (muka blur la kot)... kita tak tahu kan masalah org lain... jadi, kita senyumlah semata2 nak mendapatkn keredhaanNYA.. tak apalah kalau dia tak senyum balik.. bersangka baik la.. itu lebih baik untuk kita,dia dan semua kan??? :)
'Barangsiapa membawa amal yang baik, maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya; dan barangsiapa yang membawa perbuatan jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan).' (6:160)
p/s: peringatan terutamanya untuk diri sendiri sbb selalu berhadapan dgn situasi sebegini... kdg2 tewas juga dgn ujian ni.. dush2... T_T