CERITERA HIDUPKU

CERITERA HIDUPKU

Monday, April 18, 2011

LUMRAH KEHIDUPAN


Assalamualaikum....
Lama betul x update blog aku ini sampai kawan pun tanya bila nak update blog ni..kalau bukan kawan aku buat permintaan supaya update blog aku ini,aku pun x tau sampai bila blog aku akan terus sunyi sepi...terima kasih ye kawan kerana menjadi ’catalyst’ aku...

Tajuk kita hari ini adalah  LUMRAH KEHIDUPAN. Apa ini??? Rasa2 nya aku nak cakap pasal apa haa?? Erm , cuba korang semua teka??? Maksud lumrah kehidupan mengikut pemahaman aku adalah benda yang selalu dihadapi oleh makhluk yg bergelar insan dalam hidup mereka... benda yang selalu berlaku kepada kita selalunya mempengaruhi hidup kita kan??? Cuba korang semua fikir balik semua perkara yang pernah berlaku dalam hidup korang. Ada yang suka dan x kurang juga yang duka. Semua yang terjadi dalam hidup kita mesti ada hikmah. Contohnya, kalau kita tengah sakit teruk , mungkin tipis harapan untuk kita hidup, perkara apa yang akan kita ingat? Sudah tentulah MATI??? Apabila diri kita sentiasa ingat akan mati, kita akan insaf dan mula bersungguh-sungguh untuk taat kepada ALLAH... itu adalah hikmah kalau kita sakit. Kita akan mula mengingati mati, apabila kita ingat akan kematian,kita juga akan ingat kepada Tuhan. Apabila kita ingat akan Tuhan kita, sudah tentu kita tidak akan berani membuat kemungkaran kerana kita tahu kita pasti akan dapat balasannya.

Nak dijadikan ceritalah , akhir-akhirnya ini aku telah menerima ujian yang agak berat bagi diri aku. Mungkin bagi orang lain ujian tu x adalah berat tapi bagi diri aku yang lemah ini terasa sangat2 sedih sangat bila benda itu terjadi kat aku... bila aku mengadu kat kawan baik aku, aku rasa lega sikit tapi masih tak dapat gak menenangkan hati aku ini. Lepas itu aku sedar mungkin ini adalah ujian untuk aku supaya aku kembali kepadaNya... aku pun mengadulah kepadaNYA dan Alhamdulillah hati aku kembali beransur tenang dan aku mula memandang segala-gala yang berlaku ini semua dariNya dan Dia tau apa yang terbaik bagi aku. Mungkin selama ini aku lalai dalam mengingatiNya lantas dia pun turunkan satu perkara yang boleh mengingatkan aku kepadaNya...

Setiap perkara yang baik mahupun buruk itu datangnya dari ALLAH..lumrah hidup kita benda yang membuatkan kita suka dan seronok itu akan kita ingat sebagai nikmat manakala benda yang buat kita sedih dan terseksa akan kita ingat sebagai bala / ujian. Cuba kita refer Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 216 maksudnya;

‘Diwajibkan atas kamu berperang padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui’

Aku pernah dengar sebuah kisah yg kawan aku ceritakan kat aku, ada seekor monyet yang memanjat sebatang pokok kelapa lalu ada angin kencang dan angin ‘sepoi-sepoi bahasa’ mahu bertanding untuk menjatuhkan monyet tu... angin kencang dengan yakinnya bertiup untuk menjatuhkan monyet tersebut tetapi malangnya monyet itu terus berpaut dengan kuat untuk mengelakkan dirinya jatuh.makin kuat angin tu bertiup makin kuatlah monyet tu berpaut. Jadi , gagallah angin kencang dlm pertandingan itu. Kemudian angin sepoi2 bahasa tu pun mencuba nasibnya. Dia pun bertiuplah dengan lembutnya dan monyet itu rasa sangat best lalu dia pun rasa mengantuk dan akhirnya dia pun tertidur. Apabila monyet itu tidur, dia pun jatuhlah ke tanah. Jadi angin sepoi2 bahasa itu pun menjadi juara dlm pertandingan ini.

Rasa2 koranglah,apa mesej cerita ini???

Mesejnya x semestinya kesenangan itu adalah nikmat. Tetapi kesenangan itulah ujian yang paling berat untuk kita laluinya sebab kita seringkali lalai kalau kita senang. Sedangkan kalau kita ditimpa kesusahan, kita akan segera mengingati Pencipta kita Yang Esa. Mcm monyet tadi, makin kuat angin bertiup makin kuat la dia berpaut tp bila angin sepoi2 bahasa bertiup dia mula rasa lalai dan akhirnya dia pun jatuh.

Sebenarnya kita diuji untuk menunjukkan tahap iman kita. Kita x tau sama ada iman kita naik ataupun turun sekiranya kita x diuji.Tuhan x menguji seorang dgn sia-sia  sebaliknya Dia sayangkan kita.Dia hendak menyelamatkan kita drpd azab neraka. Kita juga diuji untuk meningkatkan kedudukan kita di sisi ALLAH. Semakin banyak ujian yg menimpa kita semakin tinggi kedudukan kita di sisi Tuhan. Ujian yang diturunkan ALLAH kpd kita juga bertujuan untuk memberi pengajaran dan mesej kpd manusia. Ujian adalah cara  Allah memberi pengajaran kepada kita supaya kita semakin tabah, matang dan lebih berilmu dalam mengharungi kehidupan kita yg akan datang.

Jika kita menghadapi ujian kita hendaklah berfikir positif supaya kita tidak akan merasa terlalu tertekan dgn ujian yg kita hadapi. Apabila kita ditimpa musibah, kita mestilah membayangkan nikmat yg akan kita dpt jika kita berjaya mengharungi ujian itu. Dengan itu,hati kita akan lebih tabah dan tenang dlm menghadapi segalanya. Kita juga hendaklah berfikir sedalam-dalamnya tentang musibah yg menimpa diri kita. Jgnlah kita berfikiran jumud dgn hanya memikirkan dr satu sudut sahaja setiap benda yg terjadi. Kita mestilah berfikir dr pelbagai sudut agar kita temui hikmahnya.
     
Kesimpulannya , setiap benda yg terjadi baik benda yg baik ataupun benda yg buruk semuanya ada hikmah yg tersembunyi. Jadi kita mestilah sentiasa tabah dan sabar dlm mengharungi hidup kita lagi2 dlm zaman yg makin mencabar ini. Kita mesti sentiasa mengingati ALLAH agar hidup kita sentiasa diredhai dan diberkati...
Rasanya setakat ini je coretan aku buat kali ini...kalau ada masa dan waktu yg terluang lagi aku akan cuba untuk meng’update’ blog aku ini..harap kita semua dapat mengambil sedikit penganjaran dlm coretan aku ini. Sekian , assalamualaikum....

p/s: thanks kepada roommate aku kerana memberi kebenaran untuk meminjam laptopnya buat beberapa jam. Jasamu ku kenang sampai ke mati.