IKHLAS
Assalamualaikum…Kite selalu dgr org ckp (x kisah la spe2) nak wat sesuatu tu kne la ikhlas…tp,kite tau ke sbananya ikhlas tu ape maknanya???ramai kot antara kite yg x tau ikhlas tu sbananya pe…x pe…klu kite x tau kite bleh blaja kan….
IKHLAS-semua perkara yg kita lakukan adalah semata-mata kerana ALLAH SWT…
Cuba kita renungkan balik semua perkara yg kita buat di atas muka bumi ni…adakah semuanya kerana ALLAH atau kite cme nk menunjuk2 ke atau kite wat sesuatu tu tanpa tujuan yg pasti???Cmne kita nk tau yg kita ni ikhlas ke x???ada 2 perkara yg menunjukkan seseorg tu ikhlas ke x….
1)buat sesuatu tanpa menghiraukan pandangan manusia…
Apa maksud tanpa menghiraukan pandangan manusia???
KES 1:
Anda berada di sebuah surau atau pun masjid…lps anda selesai menunaikan sembahyang fardhu dan solat sunat ba’diah…anda nak solat hajat plak tp x de sorg pon bgn nk wat solat hajat…sbb anda segan nk bgun sorg2 dan solat hajat maka anda pon membatalkan niat anda untuk solat hajat tadi…
KES 2:
Anda ternampak sorg pengemis di tepi jalan,anda pon rasa kesian kat pengemis ni dan anda pon nak menderma kat pengemis ni..tp dlm poket anda ada 50 sen je…anda tgok org lain semua derma paling kurang pon seringgit yg duit kertas sedangkan anda ada duit syiling je..disebabkan takut org mengata anda yg bukan2 anda pon membatalkan niat murni anda ni….
KESIMPULAN:
Rasa-rasanya kenapa la anda membatalkan niat anda tadi??sudah semestinya sebab org yg ada di sekeliling anda..anda rasa malu la dgn mereka dan anda nak menjaga air muka anda...tapi, dengan Pencipta anda sendiri anda tidak malu,tak segan…sedangkan sepatutnya setiap perkara dlm hidup kita ini perlu ikhlas kerana ALLAH…
2)tanpa bermaksud untuk menunjuk di hadapan org lain…
KES 1 :
Anda berada di sebuah surau atau pun masjid…lps anda selesai menunaikan sembahyang fardhu dan solat sunat ba’diah…anda nak solat hajat plak tp x de sorg pon bgn nk wat solat hajat…sbb anda nak menunujukkan yg anda ni sorg yg baik dan alim,anda dgn bangganya bangun dan solat.tapi,dlm hati anda,anda nk sgt org memuji anda disebabkan kerajinan anda menunaikan solat sunat tersebut…
KES 2 :
Anda ternampak sorg pengemis di tepi jalan,anda pon rasa kesian kat pengemis ni dan anda pon nak menderma kat pengemis ni…tiba2 anda ternampak seseorg ni mendermakan rm10 kat pengemis ni…anda rse yg anda x boleh kalah ngan org ni lantas anda pon mengeluarkan not rm100 dgn bangganya dan mendermakan kpd pengemis tu…anda nak org disekeliling anda kagum dgn ‘kebaikan’ anda sebentar tadi….
KESIMPULAN:
Ikhlas berbuat sesuatu tanpa bermaksud untuk menunjuk di hadapan org lain kan???jadi kenapa pula anda perlu menunujuk-nunjuk di hadapan org lain yg anda ni pemurah dan alim???cukuplah hanya ALLAH yg mengetahui kebaikan yg telah anda lakukan tu…
Hakikatnya,bkn senang bg kita sebagai manusia biasa untuk mengikhlaskan diri kita dlm membuat sesuatu perkara kerana kita ini MANUSIA….manusia ini mudah tergoda dgn godaan syaitan dan mudah mengikut nafsu…tetapi itu bukan bermakna kita tidak boleh ikhlas dlm hidup kita..kita mestilah berlatih dr saat ini untuk membetulkan niat kita dlm setiap perkara yg kita lakukan…apa yg kita lakukan ini adalah semata-mata kerana ALLAH SWT…mungkin kadang2 niat kita akan terpesong tp kita perlulah cepat2 menyedarinya dan membetulkan niat kita semula…sebaik-baik amal kita adalah amalan yg dilakukan semata-mata kerana ALLAH…
Sekian,terima kasih
Sumber:usrah…Sebarang komen atau pendapat atau teguran bolehlah diberi dgn seikhlas hati…=D