CERITERA HIDUPKU

CERITERA HIDUPKU

Tuesday, October 19, 2010

Berdosakah Aku???

BERDOSAKAH AKU???
penah x kita bertanyakan soalan tu kat diri kita sndiri???
hmm,sbananya aku bru lepas tgok satu cerekarama kat tv3 minggu lepas...tajuk cerita tu,berdosakah aku??
ceritanya menarik dan best la untuk tontonan 1 keluarga...sepatutnya,kita patut perbanyakkan cerita cam tu kat Malaysia ni..bukan la cerita yg ntah apa2..x bawa sebarang pengajaran atau pun cerita yg bg pengajaran buruk kat org2 yg tonton..dah la pelakon cerita tu mantap2 cam sheila rusly,noorkhiriah dan yg lain2... tabik la kat anda semua....biarlah aku cerita sikit ttg cerita tu...

SINOPSIS:
ada seorg budak pompuan yg dijaga oleh nenek dia sejak dia kecil lagi..pada 1 hari,neneknya yg telah tua tu pon menghembuskan nafasnya yg terakhir..budak pompuan ni namanya Yani(noorkhiriah)..yani ni sbananya ada mak ngan ayah kandung lagi..so,jiran dia pon suruh la yani ni duduk ngan mak ayah dia..yani x nak waktu mula2 ayah dia ajak lagipon mak dia pon cam x sudi je ajak dia tinggal ngan diorg...tp,setelah didesak berkali-kali dia pon bersetuju nak tinggal ngan famili dia..waktu tinggal kat umah tu,mak dia(sheila rusly) selalu la kutuk2 dia,tengking2 dia...mak dia ni cam x bleh terima dia la..dia pon x paham la kenapa mak dia ni benci sgt kat dia...tp,yani ni budak yg baik walaupun mak dia wat camtu kat dia tp dia still menjadi anak yg baik..waktu dok kat umah tu,dia pernah cuba ntuk dirogol abang kandung dia tp alhamdullillah la sbb ALLAH masih sygkan mereka berdua...abg dia x jadi nak rogol dia...pastu,yani ni ada seorg adik tau...mak dia ni punya la sgt sayang gila kat adik dia ni..tp,rupa2nya anak yg mak dia duk tatang mcm minyak yg penuh ni la yg menconteng arang kat muka mak dia...adik yani ni mengandung anak luar nikah..mak dia punyalah kecewa yg teramat sgt...yani ni plak bersemuka ngan abang dia sbb nak bg kesedaran kat abg dia ni...first2 yani x nak tp lepas dinasihatkan oleh kawan baik arwah nenek dia...dia pon bersetuju nak berdepan ngan masalah yg dia hadapi...abang dia pon sebenarnya dah insaf la...abang dia ckp la yg abg dia x da basic agama...lpa tu si yani ni bg la abg dia buku pasal persoalan akidah dan ibadah dgn harapan dia dpt membantu abg dia ni..nak dipendekkan cerita,satu hari mak dia terseliuh,kaki mak dia bengkak.yani ni yg jaga mak dia sbb adik dia tgh exam spm abang dia plak ntah ke mana menghilang..yani ni sanggup ambil cuti kerja semata-mata nak jaga mak dia...tapi si yani ni x pernah panggil mak dia 'mak'...sbb dia terasa ati ngan mak dia sgt2...yelah,mcm la yani ni bkn anak kandung mak dia sampai mak dia x pernah layan dia mcm anak...satu hari mak yani ni panggil yani nak cerita la kat yani ni kenapa dr kecil nenek dia yg bela yani ni...
sebabnya time lepas bersalinkan yani mak dia dpt tau yg ayah yani ni kena tangkap basah dan bernikah...
mak yani yg dlm pantang ni meroyan dan cuba untuk mencekik yani time tu....mak dia sebenarnya rasa menyesal sgt2...dia pon ckp kat yani yg sbananya dia nak sgt yani tu panggil dia mak tp dia sedar yg dosa yg dia lakukan kat yani tu mungkin yani x bleh terima....tapi dia mmg nak sgt yani panggil dia mak sebelum dia mati..mlm tu mak yani ni menghembuskan nafas terakhirnya tanpa sempat nak mendengar yani memanggilnya mak...mak dia pon berpesan waktu dia dh mati,dia x nak adik yani sentuh pon mayat dia..
jd,yani seorg je yg memandikan mayat mak dia tu....waktu tu bru la yani memanggil mak dia tu mak...
 THE END

so,apa rasanya pengajaran dr cerita td tu???
berdosakah mak yani tu???
berdosakah yani??
berdosakah ayah yani???
berdosakah abang yani??
berdosakah adik yani???

pandangan aku la....
mak yani tu berdosa sbb telah mengabaikan tanggungjawab ntuk membesarkan dan mendidik anak dia (yani)..dia pon menyusahkan mak dia dgn membiarkan yani dijaga oleh neneknya...dia pon telah membeza-bezakan kasih sayang yg telah diberikan kepada anak-anaknya...
yani tu berdosa sebab dia x nak menunaikan permintaan terakhir mak nya yg nk sgt dengar yani panggil dia mak...
ayah yani plak berdosa sbb telah berlaku curang ngan mak yani dan telah melakukan maksiat waktu mak yani lepas melahirkan anak...ayah yani pon telah berkahwin lagi 1 tanpa izin isterinya...
abang yani berdosa sbb dia telah mengikut hawa nafsu dia ntuk cuba merogol adik kandungnya sendiri..dia pon bukanlah anak yg boleh diharapkan...
adik yani telah melukakan hati mak ayah dia ngan mengandung anak luar nikah,dia juga telah berzina yakni zina itu dosa yg besar..dia x sempat nak mohon ampun kat mak dia sebeelum mak dia meninggal dunia..

TAPI KITA KENA INGAT,WALAUPUN SEBESAR MANA PUN DOSA YG TELAH KITA LAKUKAN, PINTU TAUBAT KITA MASIH TERBUKA...KITA MASIH MEMPUNYAI PELUANG UNTUK BERTAUBAT KEPADA ALLAH...ALLAH TU MAHA PENGAMPUN DAN MAHA PENGASIH TERHADAP HAMBA-NYA...OLEH ITU,KITA JGN PERNAH RASA BAHAWA TAUBAT KITA TIDAK AKAN DITERIMA OLEH ALLAH...BERTAUBATLAH DGN TAUBAT NASUHA...JGN LA SBB KITA TAHU PINTU TAUBAT TU SENTIASA TERBUKA KITA BOLEH BERMAIN-MAIN NTUK BERTAUBAT..TAUBAT NASUHA ITU ADALAH TAUBAT YG SEBAIK-BAIKNYA...



jadi,kita patut muhasabah diri kita...berdosakah aku??cuba kita renungkan dosa2 yg pernah kita lakukan dahulu...tu dosa yg kita ingat,dosa yg kita x ingat camna plak???oleh itu,jgn putus2 berdoa supaya ALLAH mengampunkan dosa kita kerana kadang2 kita terlupa bahawa kita telah melakukan suatu dosa...
wassalam....