CERITERA HIDUPKU

CERITERA HIDUPKU

Monday, January 23, 2012

ALHAMDULILLAH...INI YANG TERBAIK...


Assalamualaikum wbt.
Sebenarnya post ini dibuat secara mengejut.hehehe..sebenarnya nak buat sambungan post sebelum ini tapi tak apalah… hari ini keputusan A-level saya keluar… dan sememangnya saya mengharapkan keputusan yang baik namun ketentuan ALLAH itu memang yang terbaik. Keputusan saya tidak seperti yang diharapkan. Saya gagal untuk melepasi  point yang telah ditetapkan JPA. 

Macam mana saya dapat tahu result saya yang kurang memberangsangkan ini???
-sebenarnya agak lawak la…sejak dari pagi saya punyalah try nak cek result saya tapi x dapat tembus2 juga..pada mulanya, saya mmg cuak giler tapi sbb banyak kali try tp tak dapat2 perasaan cuak itu bertukar menjadi menyampah. Mungkin masa itu semua orang nak cek result diorg sbb tu la ‘jam’ kot.. tak apalah..saya pun membuka ‘mukabuku’ untuk meninjau2 keadaan di sana. Alhamdulillah~~ nampaknya banyak di antara rakan saya yang berjaya melepasi point yg telah ditetapkan… keadaan ‘mukabuku’ masa itu amat gumbira..tapi, saya punya result still x tau lagi..disebabkan malas nak menunggu di depan laptop,saya pun menyibukkan diri dengan membuat kerja rumah. Selesai mengemas rumah saya pun kembali duduk di hadapan laptop kesayangan saya ini. Saya pun cuba untuk cek result saya namun hampa…still jam… kawan2 saya plak dah dok tanya berapa result saya. Bukan saya tak nak gtau tapi memang tak boleh buka.jadi saya pun meninjau sekali lagi ‘mukabuku’ tiba2 ada 1 message untuk saya. Saya pon bukak la.rupa2nya dari Mdm Syira… madam tulis salam..darling..be strong!!k..its not the end of the world..skangni..plz bukak laman web upu,try apply there..anything plz keep in touch dgn mdm..saya yang masih blur itu pun menjawab : madam dah tau ke result saya?saya x cek pon lagi mdm... hati mula rasa berdebar2..x tenteram dah… saya pun dgn nekadnya menelepon mdm syira untuk bertanyakan perihal result saya tapi mdm syira kata lebih baik saya yang cek sendiri.mdm ingat saya dah cek dah result saya. Hehehe..lawakkan..saya dah bleh agak dah result saya kurang memberangsangkan..dan akhirnya bila saya dapat menembusi laman web CIE yg sgt2 lah busy itu,saya pun dapatlah  melihat result saya…  

Apa perasaan saya apabila melihat result saya???
-sebenarnya dah boleh agak dah result tak berapa nak okey disebabkan peristiwa tadi… dan apabila saya tengok result saya, saya agak kecewa la… tak lepas… tak dapat la nak meneruskan cita untuk menjejakkan kaki ke bumi India sbg seorang pelajar medik… lepas itu, saya cam blur jap…  lepas itu saya pun bagi tau la mak dengan ayah saya. Mereka agak kecewa mendengarkannya. Walaupun mereka tak cakap tapi saya dapat lihat dari air muka mereka.tapi Alhamdulillah mereka dapat menerima keputusan itu dengan baik… saya tak berapa nak kesah perasaan saya sbb saya tahu saya boleh menghadapinya.Cuma saya tak mahu ibubapa saya sedih.saya telah membuatkan mereka sedih. Mak… ayah… along nak mintak maaf banyak2 kerana telah mengecewakan mak dan ayah…huhuhu…

Kepada semua rakan2 saya yang berjaya :
Tahniah atas kejayaan korang!!! Aku tumpang gembira untuk korang… korang memang terbaik… teruskan usaha korang.. maaf lah sebab mungkin kita tak dapat jumpa kat KI nanti tapi kalau ada rezeki insyallah kita akan jumpa kan??? All the best for u all… nanti kalau korang semua dah sampai ke India nanti jangan lupa belikan saya buah tangan ok??? Hehehe…J yang paling penting sekali, jangan sekali2 kita lupa akan tugas dan matlamat hidup kita yang sebenarnya… saya doakan anda semua akan menjadi doktor yang cemerlang, gemilang dan terbilang bukan hanya di dunia ini sahaja malah di sisi ALLAH kelak..amin~~ gambatte~~

Kepada rakan2 yang senasib dengan saya :
Kita merancang, ALLAH merancang tapi ketentuan ALLAH itulah yang  terbaik. Apa jua keputusan yang kita dapat ucapkanlah Alhamdulillah… itu adalah keputusan yang  terbaik untuk kita… sebagai seorang manusia biasa, memanglah kita sedih+kecewa+kesal+tak percaya dengan keputusan yang kita dapat tapi tak mengapalah… selagi ALLAH bersama dengan kita Insyaallah semua akan ok… janganlah kita berputus asa sebab ALLAH tidak akan pernah menzalimi hambanya… saya pasti ALLAH ada plan yang lebih baik untuk kita semua... apa yang membuat saya gembira bila semua rakan2 yang senasib dengan saya dapat menerima semuanya dengan redha… saya tak dengar lagi rakan saya yang meratap atau menjerit2 sebab tak dapat menerima hakikat ini… Alhamdulillah,  jalan tarbiyyah yang kita lalui membuatkan kita terus tabah dan redha atas ketentuan-NYA.

Kepada lecturer2 yang selama ini bersusah payah mengajar saya:
Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan kepada semua lecturer  yang tak putus2 mencurahkan ilmu, kasih sayang dan semangat kepada saya dan rakan2 yang lain. Semoga ALLAH akan sentiasa merahmati kalian…  saya juga ingin meminta maaf kerana tidak dapat mengotakan impian anda semua untuk melihat kami semua fly.  Doakan kami berjaya tidak kira di mana jua kami berada. Kami juga akan sentiasa mendoakan kesejahteraan kalian semua..semoga kalian terus tabah dalam mendidik anak2 muda seperti kami…

kepada semua rakan2 yang tak putus2 memberikan kata2 semangat kepada saya, jujurnya saya sangat2 terharu..sob..sob.. terima kasih sangat2… Insyaallah doa2 kalian akan menguatkan semangat saya untuk menghadapi hari2  mendatang… saya ada baca satu blog ini, kalau tak silap saya blog inche gabbana..blog ini memang menyentuh hati saya… ALLAH memang tak pernah lupakan kita walaupun kita selalu lupa kat DIA. DIA tak pernah lupa nak bagi kita oksigen walaupun kita lewat menunaikan solat , DIA tak pernah patahkan anggota badan kita bila kita melakukan maksiat dan DIA tak pernah bakar lidah kita on the spot bila kita mengumpat ataupun mencarut. Allah sangat sayangkan hambanya. Jadi janganlah kita putus harapan kerana rahmat ALLAH itu amatlah luas.
Ibrahim berkata: "Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhan-nya, kecuali orang-orang yang sesat."
Surah Al-Hijr : 56

Ada seorang teman saya yang menghantar mesej ini kepada saya:
Assalamualaikum. Soba annur jundiy2 Allah sekalian… :-D ayuh kita lihat ayat2 chenta (89:15-16)
Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia akan berkata: "Tuhanku telah memuliakanku." Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rizkinya maka dia berkata: "Tuhanku menghinakanku"
Segala pemberian Allah adalah yang paling sesuai untuk kita…bukan kerana DIA memuliakan kita atau menghina kita bahkan segala itu telah ditetapkan… terpulang kepada kita bagaimana nak menghadapinya.sama ada merungut dan menyalahkan Allah… mahupun bersyukur kepadaNYA kerana masih mahu memberikan kita sesuatu.. di sebalik sesuatu PASTI punya HIKMAH tertentu…
Doakan kejayaan kita semua…insyaallah..walaupun di mana jua kita berada pastikan kita jadi jundiy2 Allah yang sentiasa taat dan patuh kepadaNYA. Amin…
Sekian,wassalam…



p/s: membuat entri ini sambil mendengar lagu zain bhika (ALLAH KNOWS & ALLAH IS ENOUGH FOR ME)… teramat feeling… J

THE TALE OF MARI AND THREE PUPPIES


THE TALE OF MARI AND THREE PUPPIES

Assalamualaikum wbt semua…
Hari ini apa kata kita wat review movie…. Movie yang sarat dengan nilai2 murni ini memang patut ditonton oleh semua kerana kita boleh mengambil iktibar dan pengajaran daripadanya.
Anda semua pernah tengok tak cerita jepun yang bertajuk

‘ THE TALE OF MARI AND THREE PUPPIES’




 Pernah??? Atau tak pernah??? Tak apa… kalau tak pernah meh sini saya cerita sipnopsis dia..

Sinopsis : ada 2 org beradik ini.abangnya nama Ryeko dan adik perempuannya pula bernama Aya. Mereka tinggal dengan datuk dan bapa mereka.ibu mereka telah meninggal dunia..Sebabnya, saya tak pasti tapi rasa2 nya sakit.Ryeko memang seorang abang yg sangat penyayang dan bertanggungjawab. Dia amat rapat dengan adiknya. Suatu hari,mereka pergi ke Moon Field untuk bersiar2. Tibanya mereka di sana, terdapat seekor anak anjing yg teramat la comel. Aya mahu membela anak anjing tersebut namun Ryeko melarang kerana ayah mereka tidak menyukai anjing. Lalu, mereka pun meninggalkan anjing itu namun anjing itu terus mengekori mereka. Aya merayu kepada Ryeko untuk membela anak anjing tersebut dan akhirnya Ryeko pun membenarkan. Namun, mereka terpaksa menyorokkan anak anjing itu kerana takut dimarahi ayah mereka.Suatu hari,terkantoilah yang mereka ini membela anak anjing. Datuk mereka tak kisah namun ayah mereka tidak bersetuju. Aya yang sedih dengan bapanya melarikan diri bersama anak anjing itu ke Moon Field. Akhirnya ayah mereka membenarkan mereka membela anak anjing berkenaan dan anjing itu bernama MARI. Dipendekkan cerita,suatu hari gempa bumi yg dasyat melanda tempat tinggal mereka. Masa itu,Mari dah menjadi ibu kepada 3 ekor anak anjing yang sangat comel. Pasukan penyelamat terpaksa memindahkan penduduk ke tempat perlindungan. Kaki datuk Aya cedera teruk kerana dihempap almari. Mari berusaha untuk mengalihkan datuk Aya daripada dihempap oleh almari itu sehingga kakinya luka2 kerana terkena serpihan2 runtuhan yang tajam. Mari tak meninggalkan tuannya malah berusaha keras untuk menyelamatkan tuannya. Konflik timbul apabila pasukan penyelamat tidak boleh membawa Mari bersama ke pusat perlindungan.(part ini teramat sedih..sob..sob..) Jadi, tinggal Mari bersama anaknya di situ. Sepanjang ditinggalkan tuannya, Mari berusaha keras untuk mencari makanan bagi anak2nya di sebalik runtuhan2 rumah. Mari juga akan pergi ke Moon Field untuk mencari tuannya dgn harapan Aya akan muncul di situ. Mari amat rindukan tuannya.Disebabkan risaukan Mari, Aya mengajak Ryeko untuk mencari Mari di rumah mereka walaupun masa itu keadaan muka bumi di tempat mereka masih belum stabil lagi. Disebabkan kesiankan Aya, Ryeko pun bersetuju untuk pergi mencari Mari. Pada mulanya, Ryeko nak pergi sorang2 tp Aya berkeras nak ikut. Jadi ,mereka pun pergi bersama2 melalui jalan lama. Tetapi disebabkan cuaca yang buruk mereka hanya sampai sekerat jalan je. Mari pengsan kerana demam. Mereka diselamatkan ayah mereka. Setelah keadaan di rumah mereka sudah stabil, setiap seorang  wakil keluarga akan dibenarkan untuk pulang ke rumah mereka bagi mengutip barang2 yang masih boleh dipakai. Disebabkan penduduk kampung tahu bahawa Aya amat merindukan Mari jadi mereka membenarkan Aya dan Ryeko untuk menggantikan tempat mereka pergi ke kampung mereka dengan menaiki helikopter tentera. Aya,Ryeko dan ayah mereka mencari Mari dan anak2nya namun mereka tiada di rumah mereka. Jadi, Aya pun pergi ke Moon Field dgn harapan Mari dan anak2nya ada di sana. Dan setelah agak lama menjerit2 nama Mari, akhirnya mereka bertemu semula. (part ini pun sedih gak..sob..sob…) akhirnya, mereka hidup gembira bersama2…:D  






p/s: sebenarnya, lebih baik korang tengok sendiri sebab nak lebih menghayati movie ini.. baru la syok…kalau setakat baca sipnopsis apa yang bestnya..ye tak??? Kalau ada masa, korang bolehlah menonton filem yg sarat dengan nilai2 murni ni… dan ambil pengajaran daripadanya ok??? Barulah kita tak membuang masa.


to be continue.....