Assalamualaikum semua… Salam
Ramadhan…
Hari ini 1 Ramadhan 1435H
bersamaan 29 Jun 2014. Hari ini adalah hari pertama semua umat Islam kat
seluruh dunia ini berpuasa kan? Itu pun termasuklah kita2 ini. Puasa di bulan
Ramadhan merupakan rukun Islam yang ke-3. Cuba kita lihat surah Al-Baqarah ayat
183 yang bermaksud:
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana
diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,
Haaa, nak jadi orang yang bertaqwa, kita mestilah
berpuasa di bulan Ramadhan kan? Tapi kalau kita yg perempuan ini spesel sikit
la... selalunya kita tak boleh nak puasa penuh sebulan sebab kita tiap2 bulan
ABC (Allah bagi cuti) hehe... :) Seperti kita semua tahu, fadhilat bulan Ramadhan
ini teramatlah banyak. Antaranya adalah:
- Bulan yang diturunkan al-Quran di dalamnya.
- Bulan Ramadhan adalah bulan pemilik satu hari yang bersamaan dengan seribu bulan
- Bulan Ramadhan adalah bulan yang mana amalan sunat akan diberikan pahala fardhu, dan amalan fardhu akan dilipatkaligandakan pahalanya sebanyak tujuh puluh kali.
- Bulan Ramadhan adalah bulan yang sentiasa dirindui kedatangannya oleh orang-orang yang soleh lagi beriman.
- Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan maghfirahNya, bulan untuk kita bertaubat dan menyucikan diri kita.
Selain itu, Abu Hurairah
ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima
perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum
mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di
sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar
(keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas
setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir
tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala
halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana
dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa
mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan
(orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat
Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam
lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi
selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan
tugasnya."
Terlalu banyak bukan fadhilat bulan Ramadhan ini? Sebab
itu kita kena berlumba-lumba dalam mencari keredhaan dan keampunan Allah dalam
bulan ini. Kita juga harus sedar bahawa bulan Ramadhan ini adalah bulan yg
mendidik jiwa kita untuk mengawal segala hawa nafsu yg ada dalam diri kita. Kita
bukan setakat menahan diri kita dari makan dan minum malahan lebih dari itu. Bulan
ini ibarat kem disiplin diri yang kita selalu pergi waktu sekolah2 dulu. Kem
yang mengajar kita menjadi muslim yang lebih baik. Iyalah, pada bulan ini kan
syaitan2 semua dibelenggu, jadi kita akan berlawan dengan nafsu kita sendiri. Jadi
mahu tak mahu kita mesti menguatkan diri kita untuk melawan nafsu kita sendiri.
Kalau kita pergi kem, mestilah ada aktiviti2 yang
mesti kita lakukan, betul tak? Sama la dalam bulan Ramadhan ini, banyak ibadah
yang boleh kita lakukan dalam bulan yang mulia ini. Dan yang paling best,kalau
kita buat amalan sunat akan diberikan
pahala fardhu, dan kalau kita buat amalan fardhu akan dilipatkaligandakan pahalanya
sebanyak tujuh puluh kali. Pergh, terbaik la!!! Cuba bayangkan, kalau kita
bayar untuk beli sebuah banglo tapi kita dapat 10 biji banglo disebabkan ada
promosi terhebat masa itu. Wah, memang syok habis la kan.. Haha.. Seronok
sangat sampai boleh melompat menggapai awan.. Yippe!!! okay, OVER di
situ… ini sekadar analogi je tau. Tak adanya dalam dunia ni bayar untuk satu
dapat sepuluh. Paling baik pun selalunya buy
one free one. Kalau buy one free ten
tak pernah pula jumpa.. tapi bulan Ramadhan ini memang sangat2 spesel. Rugi kalau
kita mensia-siakannya.. jadi, marilah kita beramai-ramai berpesta. Pesta? Yup,kita
berpesta ibadah… :D
Antara amalan-amalan yang
boleh kita lakukan:
- Bangun malam (qiamullail)
- Bersahur di akhir waktu.
- Tadarus al-Quran
- Memperbanyakkan zikir
- Bersedekah kepada faqir miskin
- Memberi makan untuk orang berbuka puasa
- Solat sunat tarawih
- Memperbanyakkan berdoa ketika berpuasa
- Solat fardhu secara berjemaah (bagi lelaki)
- Solat sunat seperti solat sunat rawatib, solat sunat dhuha dan banyak lagi.
- Meninggalkan perkara-perkara yang mendatangkan dosa
Sebenarnya, banyak lagi yang boleh kita lakukan dalam
bulan Ramadhan ini. Yang di atas ini antara yang common la…
Malam Lailatul Qadar. Pernah dengar kan? Cuba kita
rujuk surah yang ke-97 dalam al-Quran. Surah Al-Qadr. Surah ini memberitahu
kita kemuliaan Lailatul Qadar. Ayat ke-3 surah ini bermaksud:
Malam kemuliaan itu
lebih baik dari seribu bulan.
Di
malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam
Ramadhan yang lain. Disebutkan di dalam sebuah hadith :-
Ertinya :
Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam
terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain"
( Riwayat
Muslim, no 1175 ) rujukan
Para ulama
antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul
qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha
bersungguh-sungguh bagi mencarinya, bagaimanapun ada disebutkan terdapat
tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini.
Menurut
pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh
malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil.
Jadi, kita ada
misi yang perlu dilaksanakan ini. Dan ini bukanlah Mission Imposible tau, asalkan kita bersungguh-sungguh dalam
mencari malam ini, InshaAllah kita akan bertemu dengan malam yang lebih baik
dari seribu bulan ini.
Okay semua,
siapkanlah diri kita. Bulan yang hanya sekali dalam setahun ini mesti kita
manfaatkan sehabis baik. Gunakan segala masa dan tenaga kita untuk mengharungi
bulan ‘kem disiplin diri’ ini untuk menjadi individu muslim yang sejati.
Marilah kita semarakkan
Ramadhan!!!
Mari kita
mentarbiyah diri!!!
http://www.imedik.org/wp-content/uploads/2014/03/RAMADHAN.jpg |
Salam Ramadhan
semuanya. Ampun dan maaf dipinta andai ada yang tersalah. Semoga Ramadhan kali
ini memberikan seribu ataupun berjuta-juta keberkatan kepada kita semua.