CERITERA HIDUPKU

CERITERA HIDUPKU

Tuesday, March 25, 2014

Wahai Diri

Wahai diriku

Bangkitlah kau

Bangunlah dari mimpimu yang sia-sia

Sampai bila kau mahu bermimipi?

Sampai Izrail sudah datang menjemputmu di muka pintu?

Saat kau dipanggil menghadap Ilahi

Saat itukah kau baru mahu sedar?

Jangan begitu diriku,

Seseorang yang ingin berubah pada keesokan harinya

Mati pada hari ini

Tahukah kamu

Bila ajal akan datang menjemputmu?

Bila denyut nadimu akan berhenti?

Bila paru-parumu sudah tidak punya oksigen lagi? 

Jangan begitu

Berubahlah...

Berubahlah...

Berubahlah...

Aku tahu kau mampu diriku... 

Sunday, March 16, 2014

Aku Lagi


Ku renung ke atas
Ku lihat kepulan-kepulan putih awan
Berarak entah ke mana
Mengikut tiupan angin pagi
Ku renung ke depan
Ku lihat banjaran kesayanganku tersergam indah
Puncaknya dilitupi kabus tebal
Mendamaikan jiwaku
Amat menenangkan.

Ku renung diriku
Lompong
Iya, aku lihat lompong yang banyak
Banyak sekali
Semakin dalam ku melihat diri ini
Semakin banyak kelemahan yang ku temui

Aku pernah dengar seorang yang terkenal berkata
Ada dua perkara yang harus kita ingat
Ada dua perkara yang harus kita lupa
Kebaikan orang terhadap kita
Keburukan kita terhadap orang
Itu dua perkara harus sentiasa kita ingat
Kebaikan kita terhadap orang
Keburukan orang terhadap kita
Itu dua perkara harus kita lupakan

Diri ini seorang pendosa
Setiap masa dan ketika 
Selalu terlupa akan tugasnya yang utama
Terhanyut dalam indahnya dunia
Yang tak menjanjikan apa-apa

Diri ini seorang yang lemah
Setiap masa dan ketika
Selalu berkeluh-kesah
Akan semua yang menimpa
Terlupa pada Sang Pencipta

Aku malu
Malu kepada diriku sendiri
Malu kerana diriku sendiri

Ya Allah,
HambaMu ini seorang yang berdosa
HambaMu ini seorang yang lemah
Aku tanpa pertolonganMu Ya Allah
Aku tak punya apa-apa
Aku tanpa cintaMu Ya Allah
Aku hilang segala-galanya
Bantulah hambaMu ini Ya Allah
Tetapkanlah hatiku di jalanMu
Teguhkanlah hatiku sebagai khalifah di muka bumi ini
Hanya padaMu aku meminta pertolongan
Hanya padaMu hamba yang hina ini berserah diri

HASBUNALLAH WANI'MAL WAKEEL
Cukuplah Allah sebagai pelindung kami dan DIA adalah sebaik-baik pelindung..


Coretan seorang hamba
-Tanjung Malim-

 





Tuesday, March 4, 2014

Si kecil berbaju kuning

Anak kecil berbaju kuning
Bertubuh genit
Kulitnya putih mulus
Terserlah kecomelannya
Berlari-lari anak ke sana ke mari
Sambil tertawa girang
Petanda tiadanya resah di hati

Sehelai kain berwarna seakan merah tanah
Membaluti kepala sekecil itu
Kepolosan air mukanya
Kedua matanya yang bulat bercahaya
Membuat si pemerhati ini tersenyum sendiri

Keletah si kecil berbaju kuning itu
Amat lucu sekali
Pada dinding konkrit kusam, dia bermonolog sendiri
Butir perkataan yang keluar dari bibir comelnya tiada satu pun dapat difahami
Barangkali anak itu meluahkan rasa hatinya

Teruskanlah berlari wahai si kecil
Teruskanlah langkahmu mengejar mimpi
Mimpi yang pasti membuatkan tidurmu lena
Mimpi yang akan menjadi impian
Malah kenyataan buatmu satu hari nanti
Dengan izin Yang Maha Kuasa

Separa Aku



Aku yang masih di sini
Mencari erti kehidupan hakiki
Menyelongkar rahsia yang tak pasti
Bilakah pengakhiran kisahku ini

Aku yang masih di sini
Meneliti segenap sudut dunia
Terkadang kurasakan indah
Terkadang menyesakkan dada
Namun selalunya melalaikan jiwa
Menenggelamkan diriku
Menghanyutkan aku
Sehingga tercungap-cungap kelemasan

Aku yang masih di sini
Termangu sendiri
Bilakah akan kutemui noktahnya
Aku tak pasti
Saat aku berhenti, waktu terus berlalu
Laju meninggalkan aku yang tengadah.
~2.30 petang~
~4 Mac 2014~
~Selasa~
~Tanjung Malim, Perak~