Assalamualaikum w.b.t
Hari ini saya rasa amat sedih. Kenapa? Sebab kucing saya
seekor dah mati… huhuhu… :’( Saya nak cerita sikit la sejarah hidup kucing saya
ini.
Nama penuh : Santorian (ayah saya yang bagi nama ini.dia minta usop
santorian.)
Nama cute : Santa (susah nak panggil panjang2,
so kitorang panggil santa je.. cute and simple)
Umur : 5 tahun (lama dah hidup dgn kitorang. Sejak dia baby
lagi.)
Jantina : Jantan (ayah
tak suka kucing betina sebab asyik beranak je… tapi kucing jantan plak asyik
memancut sana, memancut sini)
Fizikal : Belang2 hitam putih macam
harimau. Sebab itulah ayah ambil dia time dia baby sebab belang dia macam
rimau… ekor sangat2 pendek. Kalau tengok dia dah macam tak ada ekor je.. muka
dia tipikal la. Dia ini kucing kampong je.. bukan kucing parsi ataupun kucing
siam.
Berat : dalam 3 kg lebih. Tak
pernah timbang tapi dia ni memang berat. Mana la dia ini tak berat..kalau nak
makan, nak ikan fresh jer… bukan cukup seekor… paling2 ke kena bagi 2 atau pon 3 ekor. Baru la dia puas hati.
Makanan kegemaran : Ikan segar dari pasar. (kalau keluar
pergi pasar, kompem dia akan tunggu kitorang balik dekat depan muka pintu…)
Minuman kegemaran : semua air dia minum. Kalau pagi2, dia suka
minum air milo. Kalau lepas makan, dia akan minum air di dalam lesung lama
belakang umah. Memang kitorang sje je letak lesung batu kat situ sbg tempat
minum diorang.
Perkara yang disukai : merayau, mengurat dan tidur…dia akan
tidur je sepanjang hari kalau dia
kenyang sebab malam2 dia tak tidur. Dia pergi merayap entah kat mana
entah… dia ini TAIKO tau kat kawasan perumahan saya ini. Pergh~~ kalau balik
tak ada luka kat badan dia tak sah.
Mesti ada luka.. kalau tak kat muka, kat badan. Kalau tak kat badan ,kat kaki.
Kitorang ni terpaksa la jadi doktor haiwan tak bertauliah untuk dia.( -_-)
Perkara yang dibenci : mandi. Dia memang sangat tak suka air.
Kalau kitorang mandikan dia, dia akan mengeow tahap gaban la tapi dia ini
kucing yang baik. Dia takkan cakar kitorang. Kalau kitorang terpijak kaki dia,
dia hanya menjerit sekuat hati dia je.. dia takkan mencakar atau menggigit
kita. Dia tau siapa tuan dia… lagi satu, dia sangat tak menyukai sesuatu yang
menyerupai ular yang berwarna hitam seperti
tali hitam, hos vakum yang warna hitam tu dan apa2 je benda yang sewaktu
dengannya. Ayah kata dia ini mungkin pernah kena attack dengan ular tedung
selar sbb itu la dia trauma… hehehe… bajet taiko.. bila kena kejar dengan getah
paip warna hitam lari macam tak cukup tanah…
Pagi tadi, tanggal
1/2/2012 sedang saya duduk melepak dalam bilik, ayah yang baru habis memesin rumput
dekat kebun tuan rumah pun balik... Lepas itu, ayah bg tau mak yang Santa dah
mati. Mak terkejut sesangat. Saya yang dalam bilik ini pun berlari keluar sebab
nak pastikan betul ke yang santa dah mati. Ayah kata, dia jumpa mayat Santa kat
tepi jalan. Santa mati kena langgar samada dengan kereta ataupun motor. Jadi kitorang
pon ambil mayat Santa untuk ditanam. Waktu saya tengok mayat Santa, dia dah
kaku, lidah terjulur keluar, darah keluar dari kepala dia… isk..isk… sedih
betul… waktu pegang mayat dia itu, sejuk giler… selalunya kalau pegang dia rasa
panas dan gebu….isk..isk.. sedih…
kitorang pon tanam mayat dia… dah ajal
dia mati kena langgar kan… mak dengan ayah sedih sangat… diorang paling sayang dekat
Santa… adik2 saya semua kat sekolah waktu tu.. diorang tak tau.. bila diorang
balik sekolah, saya pun bgtau la diorang. Pada mulanya, semua tak nak percaya…
kata saya ini saja je nak mengenakan diorang tapi lepas berita ini disahkan
oleh mak dan ayah saya, barulah diorang nak percaya. Ada seorang lagi adik saya
yang tak tahu berita ini sebab dia ada kat PLKN
skrg ni… saya tahu semua orang sangat sedih dengan kematian Santa. Kitorang
dah anggap dia macam adik kitorang dah… walaupun dia binatang tapi kitorang
still sangat sayang kat dia… saya tak sempat nak minta maaf dekat dia…. Saya dah
la selalu buli dia… selalu sakat dia… semalam saya baru marah dia.. tup2 hari
ini dia dah pergi dah… :”(
Ajal dan maut semua
ditentukan ALLAH. Kita sebagai makhluknya perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi
kematian. Kita tak tahu bila kita mati, tapi apa yang kita tahu adalah kita
perlu bersedia untuk mati. Selagi kita berada di atas muka bumi ini, selagi jantung
kita masih lagi mengepam darah,selagi kita masih menghirup udara ini, taatilah
perintah ALLAH dan jauhilah laranganNYA.
Berdasarkan hadith Rasulullah SAW :
“apabila
mati anak Adam, maka putuslah amalannya kecuali tiga iaitu, anak soleh yang
mendoakan untuknya, ilmu yang dimanfaatkan, serta amal jariah yang
ditinggalkannya.