CERITERA HIDUPKU

CERITERA HIDUPKU

Tuesday, November 27, 2012

LIEBSTER AWARD

Assalamualaikum and good evening I guess.. :)
Thanks to my sweet friend Azira Sarfaraz Ahmad for nominating me for the Liebster Award and actually I don't know about this award until she told me bout it...hehe..So I've been told that the Liebster Award is for those who had 200 followers below and these are the rules:

1. Each blogger should post 11 random facts about themselves.
2. Answer the questions the tagger has set for you, and then create 11 new questions for the bloggers you pass the award to.
3. Nominations (with less than 200 followers of course) to pass the award to and link them in your post.
4.  Go back to their page and tell them about the award.
5. No tag backs.

11 random facts about me : 

  1. I really love reading.I love novels,comics and encyclopedia.
  2. I like children very much but they don't really like me.
  3. I don't like fashion.
  4. I prefer to be friend with low profile girls than hot girls.I just can't stand their attitude.
  5. Don't talk bad about my family. I don't like it. My family is everything for me.
  6. I love Indonesia especially bakso and beautiful places there.
  7. I love to play badminton.
  8. Sometimes, I also cry.
  9. I like to smile. :)
  10. I am friendly and like to talk a lot.
  11. I want to be a pediatric.
Questions I was tagged : 



#1 What are the top three subjects you used to hate the most when you were in school?
geography only... other subjects, I like it!!! 
#2 Name one of your biggest achievements 
Alhamdulillah,got straight A's for SPM.
#3 Have you ever been in love? If yes, were you really honest towards your partner? 
nope, maybe later...
#4 One of the tackiest line you've ever used to tackle someone? 
I've never tackle someone... not yet...
#5 Your perfect idea of freedom? 
when I don't hear anything about WARS or CRIMES...
#6 Your only mother and your father? Rank them in order of priority 
my mother and then my father but I love both of them... no doubts... love my mom and my dad very much!!!
#7 List four things you can never live without (excluding technologies) 
Al-Quran,books,water and foods...
#8 The kind of girlfriend/boyfriend you would like to have?
Innocent and know how to live in this world according to the right path... responsible and cute... know how to respect others and understanding...
#9 Something that used to bother you so much that has a huge impact on you even to this very day? 
failed to further my study overseas because of my A-level pointer...haha..but, past is past...no need to bother about it anymore...cheer up...
#10 Name two things you just bought and realized that they were indeed a total waste
nothing... I only buy important things and that have uses... 
#11 Who am I to you? 
you are my lovely,sweet and kind friend. Always try your best in everything you do... I really love the time when your talking excitedly about hindustan or something like that. I am proud to have a friend like you... keep going girl!!!all the best!!! love u!!!

My questions for the nominees:


  1. What is the most painful memory in your life?
  2. How you overcome your fears?
  3. Do you like to cry? when and where?
  4. What places you want to go the most?
  5. What is the meaning of beauty to you?
  6. If someone that you love the most die, what will you do?
  7. Cat or fish? choose one and why?
  8. What is your favourite food?
  9. What kind of person that annoys you?
  10. How you control your anger?
  11. How did you know me?
And the nominees go to:


Wednesday, August 1, 2012

CERITA PENDEK


Inspirasi Ramadhan:
Alhamdulillah, Ya Allah

Jam digital di tanganku menunjukkan angka lima tiga puluh. “Ah,masih ada dua jam lagi untuk berbuka puasa.” Getus hati kecilku.
Hari ini hari Ahad, aku tidak keluar dari rumah kerana cuaca di luar agak panas. Aku bungkam seketika. Otakku ligat berfikir tentang apa yang patut aku lakukan sekarang. Tadi sudah kuhabiskan membaca surah An-Nahl yang mempunyai 128 ayat. Surat ini dinamakan An Nahl yang bererti lebah kerana di dalamnya, terdapat firman Allah s.w.t. ayat 68 yang ertinya : "Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah."
Lebah adalah makhluk Allah yang banyak memberi manfaat dan kenikmatan kepada manusia.Di dalam surah ini juga banyak disebut tentang nikmat-nikmat yang dikurniakan Allah untuk kita,hamba-hambaNya.
Tiba-tiba aku terpandang komputer ribaku yang terletak di atas meja. Lantas aku melipat telekungku dan aku terus menekan butang kecil berwarna kelabu untuk menghidupkannya. Agenda aku adalah untuk membuka ‘facebook’ dan melihat jika ada sesuatu yang bermanfaat yang boleh kutemui di laman sosial popular itu.Jari-jemariku lincah mengendalikan tetikus dan sekali-sekala menekan butang kekunci di hadapanku.
Sedang khusyuk aku melihat kiriman yang terbaru, aku terpaku dengan satu perkongsian daripada salah seorang sahabatku. Perkongsian itu benar-benar membuatku aku tersentak. Ya Allah, aku bertahmid dalam hati. Tanpa kusedari,air jernih mengalir di pipiku.
Seorang ulama’ Arab menitiskan air mata apabila seorang saudara kita daripada Somalia bertanyakan soalan ini kepada beliau,”Apakah puasa kami akan diterima jika kami berpuasa tanpa bersahur dan berbuka?”
Petang itu, aku membeli juadah berbuka sekadar untuk mengisi perut kosongku ini. Tidak mahu membazir. Kalau makan berlebihan waktu berbuka akan membuatkan aku mengantuk ketika mengerjakan ibadah sunat tarawih.
Bila teringat kembali peristiwa tadi, aku bersyukur yang teramat kerana masih boleh berbuka dengan makanan. Aku teringat gambar yang dilampirkan dalam perkongsian itu. Badan anak-anak kecil itu ibarat tulang yang hanya dibaluti oleh kulit yang tipis menggambarkan bahawa betapa susahnya mereka mahu menjamah makanan walaupun sepotong roti.
Ramadhan kali ini mengajar aku bahawa ada lagi saudara-saudara kita yang jauh berkali ganda lagi susah daripada kita. Walaupun aku termasuk dalam kategori orang yang susah, namun tak pernah aku kebuluran. Alhamdulillah ya Allah.
Katakanlah,”Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan dari bumi?” Katakanlah,”ALLAH,” dan sesungguhnya kami atau kamu(orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau kesesatan yang nyata.
(Surah Saba’ ayat : 24)


hak cipta terpelihara oleh JALILATUL NIKDAR BINTI MUSTAPA.2012.

Wednesday, July 4, 2012

bersyukurlah atas apa yang kamu miliki... alhamdulillah..

assalamualaikum...
manusia seringkali merasa apa yang kita miliki sekarang tidak mencukupi,
manusia juga selalu meminta lebih daripada apa yang mereka perlukan,
manusia  akan rasa iri hati atau dengki dengan apa yang orang lain miiki,
pernahkah manusia bersyukur dengan apa yang ada???
bersyukur itu bukan sekadar lafaz tetapi ia juga dizahirkan dalam perbuatan.
kalau kita bersyukur dengan apa yang kita miliki, kita tak akan membiarkan anggota badan kita melakukan sesuatu yang dilarang...
untuk menjadi manusia yang bersyukur, kita hendaklah memandang apa yang telah kita miliki dan bukan memandang apa yang orang lain miliki..
jadi, sentiasalah bersyukur atas segalanya...
alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...

Wednesday, June 27, 2012

Tanjung Malim

ASSALAMUALAIKUM... Dah Lama sangat tak update blog ni..rasa2 Nya blog ni pun hampir2 melupai tuannya.. (kalau la blog ni mcm manusia). Saya skrg ini Ada kat Tanjung Malim.. Tak sangka pula boleh tercampak kat sini..tapi kita tak tahu perancangan yang Maha ESA.. Mungkin ini yang terbaik.. ;-) kat sini sememangnya berbeza sangat2 Dari ktt... Kalau kat ktt dulu,kelas mula pukul 8, pukul 7.30 baru bangkit dari lena... Kat Tanjung Malim ni,kelas mula pukul 8, pukul 7pg tu dah kena turun tunggu bas.. Tunggu bas bukan 5 Minit,kadang2 sampai setengah jam la dok beratur tunggu bas... Kalau ktt dulu,jalan kaki tak de la penat sangat sbb .... Korang paham2 je la... Tapi kat Tanjung Malim ni, jalan kaki kat kampus dia, boleh patah oooo u punya kaki... Gila besar kampus dia.. Dah la Ada kampus lama dengan kampus baru.. Pergh...memang besar la... Setakat ini je la coretan buat Kali ni.. Tak boleh Lama2 sebab guna I PHONE kawan saya... Hehe... That's all.. Bye...

Monday, February 27, 2012

LETTERS


The most selfish one letter ‘I’ – avoid it.
Most satisfactory two letters ‘WE’ – use it.
Most poisonous three letters ‘EGO’ – kill it.
Most used four letters ‘LOVE’ – value it.
Most pleasing five letters ‘SMILE’ – keep it.
Fastest spreading six letters ‘RUMOUR’ – ignore it.
Hardworking seven letters ‘SUCCESS’ – achieve it.
Most enviable eight letters ‘JEALOUSY’ – distance it.
Most powerful nine letters ‘KNOWLEDGE’ – acquire it.
Most divine ten letters ‘FRIENDSHIP’ –maintain it.
‘BE FRIEND TILL JANNAH’ 

Saturday, February 18, 2012

BELAJAR

Belajar DIAM dari banyaknya BICARA

Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN 

Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG 

Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN

Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN 

Belajar TAWAKKAL dari UJIAN 

Belajar REDHA dari satu KETENTUAN...


kredit: http://akuislam.com/blog/kisah-tauladan/cinta-sampai-syurga/#ixzz1mjgC9VVa

Wednesday, February 1, 2012

SANTA IN THE MEMORY


Assalamualaikum w.b.t
Hari ini saya rasa amat sedih. Kenapa? Sebab kucing saya seekor dah mati… huhuhu… :’( Saya nak cerita sikit la sejarah hidup kucing saya ini.


Nama penuh      : Santorian  (ayah saya yang bagi nama ini.dia minta usop santorian.)
Nama cute         : Santa (susah nak panggil panjang2, so kitorang panggil santa je.. cute and simple)
Umur                  : 5 tahun  (lama dah hidup dgn kitorang. Sejak dia baby lagi.)
Jantina               : Jantan (ayah tak suka kucing betina sebab asyik beranak je… tapi kucing jantan plak asyik memancut sana, memancut sini)
Fizikal                : Belang2 hitam putih macam harimau. Sebab itulah ayah ambil dia time dia baby sebab belang dia macam rimau… ekor sangat2 pendek. Kalau tengok dia dah macam tak ada ekor je.. muka dia tipikal la. Dia ini kucing kampong je.. bukan kucing parsi ataupun kucing siam.
Berat                  : dalam 3 kg lebih. Tak pernah timbang tapi dia ni memang berat. Mana la dia ini tak berat..kalau nak makan, nak ikan fresh jer… bukan cukup seekor… paling2 ke kena bagi  2 atau pon 3 ekor. Baru la dia puas hati.
Makanan kegemaran     : Ikan segar dari pasar. (kalau keluar pergi pasar, kompem dia akan tunggu kitorang balik dekat depan muka pintu…)
Minuman kegemaran    : semua air dia minum. Kalau pagi2, dia suka minum air milo. Kalau lepas makan, dia akan minum air di dalam lesung lama belakang umah. Memang kitorang sje je letak lesung batu kat situ sbg tempat minum diorang.
Perkara yang disukai      : merayau, mengurat dan tidur…dia akan tidur je sepanjang hari kalau dia   kenyang sebab malam2 dia tak tidur. Dia pergi merayap entah kat mana entah… dia ini TAIKO tau kat kawasan perumahan saya ini. Pergh~~ kalau balik tak ada luka kat badan dia  tak sah. Mesti ada luka.. kalau tak kat muka, kat badan. Kalau tak kat badan ,kat kaki. Kitorang ni terpaksa la jadi doktor haiwan tak bertauliah untuk dia.( -_-)
Perkara yang dibenci     : mandi. Dia memang sangat tak suka air. Kalau kitorang mandikan dia, dia akan mengeow tahap gaban la tapi dia ini kucing yang baik. Dia takkan cakar kitorang. Kalau kitorang terpijak kaki dia, dia hanya menjerit sekuat hati dia je.. dia takkan mencakar atau menggigit kita. Dia tau siapa tuan dia… lagi satu, dia sangat tak menyukai sesuatu yang menyerupai ular yang berwarna hitam seperti  tali hitam, hos vakum yang warna hitam tu dan apa2 je benda yang sewaktu dengannya. Ayah kata dia ini mungkin pernah kena attack dengan ular tedung selar sbb itu la dia trauma… hehehe… bajet taiko.. bila kena kejar dengan getah paip warna hitam lari macam tak cukup tanah…

Pagi  tadi, tanggal 1/2/2012 sedang saya duduk melepak dalam bilik, ayah yang baru habis memesin rumput dekat kebun tuan rumah pun balik... Lepas itu, ayah bg tau mak yang Santa dah mati. Mak terkejut sesangat. Saya yang dalam bilik ini pun berlari keluar sebab nak pastikan betul ke yang santa dah mati. Ayah kata, dia jumpa mayat Santa kat tepi jalan. Santa mati kena langgar samada dengan kereta ataupun motor. Jadi kitorang pon ambil mayat Santa untuk ditanam. Waktu saya tengok mayat Santa, dia dah kaku, lidah terjulur keluar, darah keluar dari kepala dia… isk..isk… sedih betul… waktu pegang mayat dia itu, sejuk giler… selalunya kalau pegang dia rasa panas dan gebu….isk..isk..  sedih… kitorang pon tanam  mayat dia… dah ajal dia mati kena langgar kan… mak dengan ayah sedih sangat… diorang paling sayang dekat Santa… adik2 saya semua kat sekolah waktu tu.. diorang tak tau.. bila diorang balik sekolah, saya pun bgtau la diorang. Pada mulanya, semua tak nak percaya… kata saya ini saja je nak mengenakan diorang tapi lepas berita ini disahkan oleh mak dan ayah saya, barulah diorang nak percaya. Ada seorang lagi adik saya yang tak tahu berita ini sebab dia ada kat PLKN  skrg ni… saya tahu semua orang sangat sedih dengan kematian Santa. Kitorang dah anggap dia macam adik kitorang dah… walaupun dia binatang tapi kitorang still sangat sayang kat dia… saya tak sempat nak minta maaf dekat dia…. Saya dah la selalu buli dia… selalu sakat dia… semalam saya baru marah dia.. tup2 hari ini dia dah pergi dah…  :”(

Ajal dan maut semua ditentukan ALLAH. Kita sebagai makhluknya perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi kematian. Kita tak tahu bila kita mati, tapi apa yang kita tahu adalah kita perlu bersedia untuk mati. Selagi kita berada di atas muka bumi ini, selagi jantung kita masih lagi mengepam darah,selagi kita masih menghirup udara ini, taatilah perintah ALLAH dan jauhilah laranganNYA.

Berdasarkan hadith Rasulullah SAW :

“apabila mati anak Adam, maka putuslah amalannya kecuali tiga iaitu, anak soleh yang mendoakan untuknya, ilmu yang dimanfaatkan, serta amal jariah yang ditinggalkannya.


Thursday, January 26, 2012

UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADA


UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADA….:’)


Assalamualaikum wbt,
Aku kat rumah sekarang ini,
Apasal dengan rumah???
Tak ada apa2 pon kan???

Rindu masa kat ktt dulu…
Ada kawan…
Kenapa dengan kawan???
UKHUWAH!!!

Rindu saat bersama2 dalam usrah,
Rindu saat ditegur dengan kawan sebab kekhilafan kita,
Rindu saat kita sharing2,main,gelak,nangis,tidur,
:’)

YA ALLAH,
Aku ni hambamu yang lemah,
Seringkali alpa dan terleka,
Terima kasih YA ALLAH kerana kau berikan aku sahabat yang sentiasa mengingatkan aku kepadaMU,
KAU redhailah kami semua YA ALLAH…
Tunjukkanlah kami jalan untuk mendekatiMU,
Tetapkanlah hati kami di jalanMU,
KAU ampunilah dosa2 kami YA ALLAH,
Ikhlaskanlah hati kami kepadamu YA ALLAH,
Berilah petunjukMU,hidayahMU kepada kami…
Amin…

Monday, January 23, 2012

ALHAMDULILLAH...INI YANG TERBAIK...


Assalamualaikum wbt.
Sebenarnya post ini dibuat secara mengejut.hehehe..sebenarnya nak buat sambungan post sebelum ini tapi tak apalah… hari ini keputusan A-level saya keluar… dan sememangnya saya mengharapkan keputusan yang baik namun ketentuan ALLAH itu memang yang terbaik. Keputusan saya tidak seperti yang diharapkan. Saya gagal untuk melepasi  point yang telah ditetapkan JPA. 

Macam mana saya dapat tahu result saya yang kurang memberangsangkan ini???
-sebenarnya agak lawak la…sejak dari pagi saya punyalah try nak cek result saya tapi x dapat tembus2 juga..pada mulanya, saya mmg cuak giler tapi sbb banyak kali try tp tak dapat2 perasaan cuak itu bertukar menjadi menyampah. Mungkin masa itu semua orang nak cek result diorg sbb tu la ‘jam’ kot.. tak apalah..saya pun membuka ‘mukabuku’ untuk meninjau2 keadaan di sana. Alhamdulillah~~ nampaknya banyak di antara rakan saya yang berjaya melepasi point yg telah ditetapkan… keadaan ‘mukabuku’ masa itu amat gumbira..tapi, saya punya result still x tau lagi..disebabkan malas nak menunggu di depan laptop,saya pun menyibukkan diri dengan membuat kerja rumah. Selesai mengemas rumah saya pun kembali duduk di hadapan laptop kesayangan saya ini. Saya pun cuba untuk cek result saya namun hampa…still jam… kawan2 saya plak dah dok tanya berapa result saya. Bukan saya tak nak gtau tapi memang tak boleh buka.jadi saya pun meninjau sekali lagi ‘mukabuku’ tiba2 ada 1 message untuk saya. Saya pon bukak la.rupa2nya dari Mdm Syira… madam tulis salam..darling..be strong!!k..its not the end of the world..skangni..plz bukak laman web upu,try apply there..anything plz keep in touch dgn mdm..saya yang masih blur itu pun menjawab : madam dah tau ke result saya?saya x cek pon lagi mdm... hati mula rasa berdebar2..x tenteram dah… saya pun dgn nekadnya menelepon mdm syira untuk bertanyakan perihal result saya tapi mdm syira kata lebih baik saya yang cek sendiri.mdm ingat saya dah cek dah result saya. Hehehe..lawakkan..saya dah bleh agak dah result saya kurang memberangsangkan..dan akhirnya bila saya dapat menembusi laman web CIE yg sgt2 lah busy itu,saya pun dapatlah  melihat result saya…  

Apa perasaan saya apabila melihat result saya???
-sebenarnya dah boleh agak dah result tak berapa nak okey disebabkan peristiwa tadi… dan apabila saya tengok result saya, saya agak kecewa la… tak lepas… tak dapat la nak meneruskan cita untuk menjejakkan kaki ke bumi India sbg seorang pelajar medik… lepas itu, saya cam blur jap…  lepas itu saya pun bagi tau la mak dengan ayah saya. Mereka agak kecewa mendengarkannya. Walaupun mereka tak cakap tapi saya dapat lihat dari air muka mereka.tapi Alhamdulillah mereka dapat menerima keputusan itu dengan baik… saya tak berapa nak kesah perasaan saya sbb saya tahu saya boleh menghadapinya.Cuma saya tak mahu ibubapa saya sedih.saya telah membuatkan mereka sedih. Mak… ayah… along nak mintak maaf banyak2 kerana telah mengecewakan mak dan ayah…huhuhu…

Kepada semua rakan2 saya yang berjaya :
Tahniah atas kejayaan korang!!! Aku tumpang gembira untuk korang… korang memang terbaik… teruskan usaha korang.. maaf lah sebab mungkin kita tak dapat jumpa kat KI nanti tapi kalau ada rezeki insyallah kita akan jumpa kan??? All the best for u all… nanti kalau korang semua dah sampai ke India nanti jangan lupa belikan saya buah tangan ok??? Hehehe…J yang paling penting sekali, jangan sekali2 kita lupa akan tugas dan matlamat hidup kita yang sebenarnya… saya doakan anda semua akan menjadi doktor yang cemerlang, gemilang dan terbilang bukan hanya di dunia ini sahaja malah di sisi ALLAH kelak..amin~~ gambatte~~

Kepada rakan2 yang senasib dengan saya :
Kita merancang, ALLAH merancang tapi ketentuan ALLAH itulah yang  terbaik. Apa jua keputusan yang kita dapat ucapkanlah Alhamdulillah… itu adalah keputusan yang  terbaik untuk kita… sebagai seorang manusia biasa, memanglah kita sedih+kecewa+kesal+tak percaya dengan keputusan yang kita dapat tapi tak mengapalah… selagi ALLAH bersama dengan kita Insyaallah semua akan ok… janganlah kita berputus asa sebab ALLAH tidak akan pernah menzalimi hambanya… saya pasti ALLAH ada plan yang lebih baik untuk kita semua... apa yang membuat saya gembira bila semua rakan2 yang senasib dengan saya dapat menerima semuanya dengan redha… saya tak dengar lagi rakan saya yang meratap atau menjerit2 sebab tak dapat menerima hakikat ini… Alhamdulillah,  jalan tarbiyyah yang kita lalui membuatkan kita terus tabah dan redha atas ketentuan-NYA.

Kepada lecturer2 yang selama ini bersusah payah mengajar saya:
Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan kepada semua lecturer  yang tak putus2 mencurahkan ilmu, kasih sayang dan semangat kepada saya dan rakan2 yang lain. Semoga ALLAH akan sentiasa merahmati kalian…  saya juga ingin meminta maaf kerana tidak dapat mengotakan impian anda semua untuk melihat kami semua fly.  Doakan kami berjaya tidak kira di mana jua kami berada. Kami juga akan sentiasa mendoakan kesejahteraan kalian semua..semoga kalian terus tabah dalam mendidik anak2 muda seperti kami…

kepada semua rakan2 yang tak putus2 memberikan kata2 semangat kepada saya, jujurnya saya sangat2 terharu..sob..sob.. terima kasih sangat2… Insyaallah doa2 kalian akan menguatkan semangat saya untuk menghadapi hari2  mendatang… saya ada baca satu blog ini, kalau tak silap saya blog inche gabbana..blog ini memang menyentuh hati saya… ALLAH memang tak pernah lupakan kita walaupun kita selalu lupa kat DIA. DIA tak pernah lupa nak bagi kita oksigen walaupun kita lewat menunaikan solat , DIA tak pernah patahkan anggota badan kita bila kita melakukan maksiat dan DIA tak pernah bakar lidah kita on the spot bila kita mengumpat ataupun mencarut. Allah sangat sayangkan hambanya. Jadi janganlah kita putus harapan kerana rahmat ALLAH itu amatlah luas.
Ibrahim berkata: "Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhan-nya, kecuali orang-orang yang sesat."
Surah Al-Hijr : 56

Ada seorang teman saya yang menghantar mesej ini kepada saya:
Assalamualaikum. Soba annur jundiy2 Allah sekalian… :-D ayuh kita lihat ayat2 chenta (89:15-16)
Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia akan berkata: "Tuhanku telah memuliakanku." Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rizkinya maka dia berkata: "Tuhanku menghinakanku"
Segala pemberian Allah adalah yang paling sesuai untuk kita…bukan kerana DIA memuliakan kita atau menghina kita bahkan segala itu telah ditetapkan… terpulang kepada kita bagaimana nak menghadapinya.sama ada merungut dan menyalahkan Allah… mahupun bersyukur kepadaNYA kerana masih mahu memberikan kita sesuatu.. di sebalik sesuatu PASTI punya HIKMAH tertentu…
Doakan kejayaan kita semua…insyaallah..walaupun di mana jua kita berada pastikan kita jadi jundiy2 Allah yang sentiasa taat dan patuh kepadaNYA. Amin…
Sekian,wassalam…



p/s: membuat entri ini sambil mendengar lagu zain bhika (ALLAH KNOWS & ALLAH IS ENOUGH FOR ME)… teramat feeling… J

THE TALE OF MARI AND THREE PUPPIES


THE TALE OF MARI AND THREE PUPPIES

Assalamualaikum wbt semua…
Hari ini apa kata kita wat review movie…. Movie yang sarat dengan nilai2 murni ini memang patut ditonton oleh semua kerana kita boleh mengambil iktibar dan pengajaran daripadanya.
Anda semua pernah tengok tak cerita jepun yang bertajuk

‘ THE TALE OF MARI AND THREE PUPPIES’




 Pernah??? Atau tak pernah??? Tak apa… kalau tak pernah meh sini saya cerita sipnopsis dia..

Sinopsis : ada 2 org beradik ini.abangnya nama Ryeko dan adik perempuannya pula bernama Aya. Mereka tinggal dengan datuk dan bapa mereka.ibu mereka telah meninggal dunia..Sebabnya, saya tak pasti tapi rasa2 nya sakit.Ryeko memang seorang abang yg sangat penyayang dan bertanggungjawab. Dia amat rapat dengan adiknya. Suatu hari,mereka pergi ke Moon Field untuk bersiar2. Tibanya mereka di sana, terdapat seekor anak anjing yg teramat la comel. Aya mahu membela anak anjing tersebut namun Ryeko melarang kerana ayah mereka tidak menyukai anjing. Lalu, mereka pun meninggalkan anjing itu namun anjing itu terus mengekori mereka. Aya merayu kepada Ryeko untuk membela anak anjing tersebut dan akhirnya Ryeko pun membenarkan. Namun, mereka terpaksa menyorokkan anak anjing itu kerana takut dimarahi ayah mereka.Suatu hari,terkantoilah yang mereka ini membela anak anjing. Datuk mereka tak kisah namun ayah mereka tidak bersetuju. Aya yang sedih dengan bapanya melarikan diri bersama anak anjing itu ke Moon Field. Akhirnya ayah mereka membenarkan mereka membela anak anjing berkenaan dan anjing itu bernama MARI. Dipendekkan cerita,suatu hari gempa bumi yg dasyat melanda tempat tinggal mereka. Masa itu,Mari dah menjadi ibu kepada 3 ekor anak anjing yang sangat comel. Pasukan penyelamat terpaksa memindahkan penduduk ke tempat perlindungan. Kaki datuk Aya cedera teruk kerana dihempap almari. Mari berusaha untuk mengalihkan datuk Aya daripada dihempap oleh almari itu sehingga kakinya luka2 kerana terkena serpihan2 runtuhan yang tajam. Mari tak meninggalkan tuannya malah berusaha keras untuk menyelamatkan tuannya. Konflik timbul apabila pasukan penyelamat tidak boleh membawa Mari bersama ke pusat perlindungan.(part ini teramat sedih..sob..sob..) Jadi, tinggal Mari bersama anaknya di situ. Sepanjang ditinggalkan tuannya, Mari berusaha keras untuk mencari makanan bagi anak2nya di sebalik runtuhan2 rumah. Mari juga akan pergi ke Moon Field untuk mencari tuannya dgn harapan Aya akan muncul di situ. Mari amat rindukan tuannya.Disebabkan risaukan Mari, Aya mengajak Ryeko untuk mencari Mari di rumah mereka walaupun masa itu keadaan muka bumi di tempat mereka masih belum stabil lagi. Disebabkan kesiankan Aya, Ryeko pun bersetuju untuk pergi mencari Mari. Pada mulanya, Ryeko nak pergi sorang2 tp Aya berkeras nak ikut. Jadi ,mereka pun pergi bersama2 melalui jalan lama. Tetapi disebabkan cuaca yang buruk mereka hanya sampai sekerat jalan je. Mari pengsan kerana demam. Mereka diselamatkan ayah mereka. Setelah keadaan di rumah mereka sudah stabil, setiap seorang  wakil keluarga akan dibenarkan untuk pulang ke rumah mereka bagi mengutip barang2 yang masih boleh dipakai. Disebabkan penduduk kampung tahu bahawa Aya amat merindukan Mari jadi mereka membenarkan Aya dan Ryeko untuk menggantikan tempat mereka pergi ke kampung mereka dengan menaiki helikopter tentera. Aya,Ryeko dan ayah mereka mencari Mari dan anak2nya namun mereka tiada di rumah mereka. Jadi, Aya pun pergi ke Moon Field dgn harapan Mari dan anak2nya ada di sana. Dan setelah agak lama menjerit2 nama Mari, akhirnya mereka bertemu semula. (part ini pun sedih gak..sob..sob…) akhirnya, mereka hidup gembira bersama2…:D  






p/s: sebenarnya, lebih baik korang tengok sendiri sebab nak lebih menghayati movie ini.. baru la syok…kalau setakat baca sipnopsis apa yang bestnya..ye tak??? Kalau ada masa, korang bolehlah menonton filem yg sarat dengan nilai2 murni ni… dan ambil pengajaran daripadanya ok??? Barulah kita tak membuang masa.


to be continue.....



Sunday, January 22, 2012

LOVE LETTER PART 3


CURAHAT




JM: nak mintak maap gak..klu ada yg terguris ati...terkasar tutur bicara..termengata...termarah..ter'emo'.. smua yg dilakukan secara sengaja atau tidak...maap diminta... aku sayang kalian kerana ALLAH...kita doakan kita akan terus ditetapkan hati untuk terus berada di jalan ini..insyallah.. sejujurnya tiada apa yg disimpan dlm hati ini kecuali kebaikan dan kasih sayang dan tunjuk ajar dan nasihat kalian... terima kasih atas segalanya..moga ALLAH sentiasa merahmati kita semua... insyaallah klu diizinkanNYA aku x kan lupa pd kalian... aku harap kita akan bersama di dunia ini dan di akhirat sana...diri hamba insan biasa..terlalu banyak lompong yg perlu ditampal...hanya kepada ALLAH hamba meminta... ALLAH telah menghantar sahabat2 yg sangat membantu hamba dalam jalan ini... ALLAH sgt sayangkan kita... doakan hamba selalu ya...nak ubah sikap gak…i wanna be a better muslim :)


NA: maaf jgk!!maaf klu kte t'garang kt kak long...maaf klu ad wt kak long trse ati...maaf klu slalu dtg umah n wt bising...rndu kak long jgk!!! miss u a lot..really...kpd adk beradikku sekalian,maaf ats segala-galanya...maaf di ats segala kekasaran...maaf zahir dan batin..thanks sume cz byk bg sokongan..thanks cz always be there for me..n i hope dat i always can count on u guys..smoge Allah tetapkan hati-hati kte di jalan-Nya..amin.. adk-beradikku sekalian,uhibbukhi fillah...


ffas: SNHMS.........sbnaqnya.....perkara y sm la jgak y ffas rs......cuma...ffas x pnh la sgt pun rs y SNHMS mrh @ bt mka kat ffas...but..haiihhh...the ONLY person y ftn rs bersalah is MYSELF....mmg SELALUUUUUUUU SGT100...ffas MENYESAL lps ffas ckp pa2...bkn kat SNHMS ja...tp suma org...tp emmmm.. SNHMS igt x time kta kat tmn botani tu..pastu SNHMS da call adk mi,pastu lps SNHMS ltk fon ffas da ckp sumtin..y ffas sgt3 menyesal ;(...hnya Allah y tau...sm gak ngan time2 len..ffas tau SNHMS terasa time tu,tp SNHMS tersedar da lmbt...pastu x smpt nk mntk maaf..btl2 SNHMS mmg nk mntk maaf pasai tu...n suma bnda y len gak...tp...sbnqnya...ffas mmg da mslh sket kot...my people skills r VERY BAD!ffas tgh CUBA SGT3...nk jd lbh BAIK...ubah SIKAP ffas...mintak maaf....SERIOUSLY...truly deeply...from my heart, im TRULY sorry to everyone...FAJ...ffas nk mntak maaf special kat FAJ...da satu ms dlu...ffas da treat FAJ dgn cara y x ptt..n ckp sumtin y ffas rs ffas leh ckp dgn cr y LEBIH BAIK...ffas igt..sbb ffas bt slh...sorry dearest FAJ..nk mntak maaf kat NE gak...

ffas: FAJ....huhuuuu....ffas phm sgt100 bab x bg respon n bt muka blur tu...huhu..NE slalu jd mangsa ke'tak respon'an ftn...sori!!!! ;( xpa FAJ yg sgt comel & y plg pnting SANGAT DIRINDUI  ...iA...walaupun kta JAUH...tapi SEMUA org SANGAT DEKAT kat hati msing2 an.....n SLALUUUUU DOAKAN antara kita, untuk KEKUATAN,untuk KETENANGAN, untuk HIDAYAH, untuk BIMBINGANNYA....sbb bla ffas LEMAH @ FUTUR @ TERGODA @ LALAI @ MALAS(tuk bt pa2 ja) ffas tau da org len pn tgh LALUI BNDA YG SAMA dgn ffas kat BUMI MALAYSIA ni (hehe)...cumanya kta JAOH..tp CEPAT2 mntak doa ngan ALLAH & ms tu, ffas akn rs SGT DEKAT dgn korng2 suma! (x tau la...cana nk describe prsaan tu,huhu...mgkin imaginasi tlalu kuat kot,nyeh3)*that was a special SHOUTOUT 4 u flzah (sbb FAJ y plg jaoh,so kn SHOUT sket,hehee... ;p)


FAJ: x sgka plak d0k ktt yg kcil bley ad prubhn bsr dlm id0p....bnyk sgt bnda bljr dr usrah kat tmpt sekecil ktt. x sgka plak dpt jpe ramai 0rg,yg speselnye Allah izinkn kye jpe k0rg...hehehe..ffas 0rg 1st kte knl…jpe tyme dftr...pas2 JM...n then da list g0es 0n,smpaila kte d0k jd 1 usrah...time ksih bnyk2 kat sume esp k0rg yg dec0rate my last 6 m0nth kat ktt...1 usrah ngan k0rh at last m0ment kat ktt mmg sumting sgt bharge,lg2 ms 2 mmg bnyk ujian dtg...exam,adik2,kwn2

FAJ: SNHMS dan JM.kte lg la lme jd adik beradik kn...n suma bnda yg jd kat kte 2 sbb Allah nk ajar kte jd lg kuat n prepare 2k bnde lg mcbr...bnyk kte bljr n lalui bsme kn kn kn...hhehehe… insyaAllah lps ni kte amik ibrah n sahut seruah dgn cepat n yakin...hehehe...Allah ade...adk brdk laen p0n ad

FAJ: NA.time ksih kuatkn kte. sm2 lalui klas awes0me all n alu 6..huhu....kelas 2 mmg bnyk dugaan kn,?time ksh lalu sume 2 ngan kte...n tlg kte...Allah x pnh tggl kte s0rg,Dia hntr NA tmnkn kte sbb kte mmg x kuat klu s0rg,mmg kdng2 ad ms kte nk s0rg2 tp kte yakni sy,mmg xkn kuat klu s0rg...seriusly

FAJ: ffas dan NE. k0rg pnye smnggt  mmg mampu bakar smngt 0rg laen,esp me...hehehe...time ksh share smngt n idea yg mematangkn diri ni...(kemaen g kn,mcm sasterawan ngre) cian NE kn,slalu kne dgr kte em0 pasal badar...btw,thnx tau...n kte msT x resp0n ngan NE akhir2 epis0d hdp kat ktt kn....huhu...thnx ffas,rajin hntr mknan...sedap k0t...r0jak mak bi.p0tat0 nag tel0r.maggie ngan tel0r.mushr0om s0up.n bnyk lg la...huuhu

FAJ: kte p0n nk mnta maaf sgt2....kte tau kdng2 resp0n kte kat ap yg k0rg ckp ke pape ke mmg x mnarik aty,kdng2 tbuat muke ke (tp still c0metll kn,s0 maafkn la ea) x tau la nape,kdng ad rs mcm mls nk layan sekeliling...kte mmg susa nk ckp 0r luahkn tp klu nk wat muke 2 mmg slalunye x leh kawal..da la acti0n speaks l0uder than w0rds kn????kdng2 (tp mcm slalu sbnrnye) type pjmpaan ke pape kte x bg k0mitmen n krjsme yg bgus..mnta maat sgt....kte ni sensitif (ye ke?rsenye ye)bila bnda yg biase jg luar biase,kte mcm agak sng nk perasan n kdng2 rebel 2 ad (sile cube je faham n trime).....minta maaf tau,insyaAllah kte sng sgt nk maafkn 0rg laen..sbb kte p0n hrp 0rg maafkn kte even i'm n0t saying anything even s0ry..kte SUSAH sgt nk minta maaf..lg suke bbaek trus tnpa segan silu dr nk ckp minta maaf...minta maaf ea pape n sgt2 time ksh syukran tq arigat0 kamsamida n sume lg la pkataan yg swktu n sAmA mksd dgnnye...kte d0a sme ea...kte da la sbrng laut china sltn ni mmg agak struggle dgn s0rg2 n mujahadah n istiqamah mmg 100% k0mpem eazy 2 say tp nk buat???? _______________ fill in da blank sdiri la ea...hehehe…minta maaf sgt 2lis 0verd0se...susa nk ckp gne lidah n bibir.....

FAJ: t0 kakak2 n adik nadia(serius x padan,x bease n mcm pelik,tp xpe...skali skale) w0aini ail0veu akucintapadakamu saranghaey0 aiahiteru uhibbukumullah n sume la pkataan yg bsaudare dgn mrke2 ni...jazakumullah khairan kathira x 10^infinity....sbb x biman ses0rg 2 klu x syg saudare die mcm diri sdr.........0rg mukmin kn saudara!



Sunday, January 15, 2012

love letter part 2


Surat cinta drpd KAK LONG terchenta…

assalamualaikum wbt, ini surat cinta daripada kak long yang tercinta...


SNHMS: adik2 kak long yang ada kat depan kak long nie tetap adik2 kak long yang pertama di hati kak long....adik2 lah yang selalu ada kat sebelah kak long tiap kali kak long lemah...macam2 kerja kita dah buat sama2...tapi, sepanjang kita bersama... banyak kesalahan yg kak long dah buat kat adik2 semua...banyak sangat... kak long harap sangat adik2 kak long dapat maafkan kak long...

kepada FAJ dan JM..... : usrah nie banyak mengajar kita berdua kan?  selalu share sama2 kalau Allah uji kite dengan masalah yang "sama"... semoga lepas nie kite bertiga lebih jelas dan kuat menghadapi dugaan dlm perjalanan akhwah dan tarbiyah nie...

kepada FFAS: kite minnnntaaaa..... maafff sgt atas semua ksalahan kak long...terus terang kak long katakan, kak long org yang mudah sangat tersentuh hati... mungkin ada buat muka atau layan yg tak baik... tapi jaaauuhhh.. di sudut hati kak long, kak long sangat sayangkan kamu.... kak long tak tipu.. kalau kak long ade termarah or terkasar dengan kamu, mesti lepas tu kak long akan marah diri kak long sendiri balik... sbb kak long syg kamu...FILLAH>>

kepada NA: rindu kat kemanjaan kamu.. kamu sangat baik dengan kak long.. selalu support dan teman kak long pergi surau.. hehehe... kak long nak minta maaf kalau ade buat ape2 salah ye..

kepada NE: jujurnya org yg pertama yg kak long akan cari kalau ada masalah.. terima kasih atas semua tunjuk ajar dan sokongan semangat yg NE bagi kat kak long...kak long rasa lost bila kamu tak de mula2 dulu.. tapi... lama2 balik kepada Allah juga kak long mengadu...
kepada smua... doakan kak long dapat meneruskan dakwah dan tarbiyah denyan lebih maju dan melaju dengan adik beradik kak long yang baru yer... semoga kite smua menjadi ptani dakwah yang diredhai Allah.... dan menanam pohon2 dakwah yang merimbun... walau ke mana jua Allah hantar kita nanti... aamiinnn..insyaAllah, tu je kot...;(

SHMS: takpe FFAS.... kte tak simpan lama2 pun semua yg singgah kat hati kite nie... kite pun banyak benda yg perlu ditarbiyah dari segi perangai dan hati...... syukur sangat sebab kita semua btemu dalam jalan nie... kita rasa, kalau kita just kawan biasa, selisih faham mcm nie.. mesti dah tak  boleh baik kan? sebab kita bkenalan, berkawan, bekerja dan berpisah semuanya kerana ALLAh... tu sebab kita tak mau simpan dlm hati lgsung.... dan kita nak kata kat sini yang kita sayanggggg..... sangat kat semua!


p/s: kak long mmg sangat baik… beruntung dapat kak long yg cute,lemah-lembut and more importantly pandai masak… hehehe..adek pon nak mintak maaf atas segala-galanya… ukhuwah fillah Abadan abada kak longku chomel…J

Saturday, January 14, 2012

LOVE LETTER PART 1


SURAT CINTA PART 1
Assalamualaikum wbt,
Betapa berharganya warkah ini untuk aku..setiap kali baca, aku pasti aku senyum sorang2…





SNHMS: maksudnya.... dalam kita buat kerja dakwah nie....
JM: if u feel easy, u are not yet in this way
SNHMS: kalau kita dah rasa SUSAH tu maksudnya kite dah mula n sedang dalam perjalanan dakwah tu
SNHMS: tapi kalau kita x rasa susah, tapi rasa senang jer...
FAJ: kn kak ain kte
SNHMS: kite x mula n x ada pun dalam jalan dakwah tu...
SNHMS: got it?
JM: yes mdm
SNHMS: :)
FAJ: kte mmg xda ms nk rilek2 n nj0y2
FAJ: klu ad
FAJ: hisab blik dri kte
FAJ: kte wat keje ke x
NA: well,syurga manis kn...
NA: t'sgt mahal la nilainya
SNHMS: yup!
SNHMS: nak rasa.....
SNHMS: ngan korang semua...
JM: amin...
SNHMS: kita main sama2 kat sana...
FAJ: sbb 2 j0urney die pahit n need bnyk sgt png0rbanan
SNHMS: bestnya!!!
FAJ: d0k uma sblh2 kn k0rg
JM: pengorbanan...
JM: harta,jiwa malah nyawa...
FAJ: he~
SNHMS: minum air kat sungai yg mengalir sama2,...
NA: klu x silap antra gol org yg dpat naungan Allah kt akhirat ialah...
SNHMS: kite petik buah n makan sama2..
NA: orh yng b'tmu n b'pisah kerana Allah...
SNHMS: aminn3...
NA: smoge kte semua t'msk lam gol 2..
JM: amin
NA: amin
NA: JZKK adk-beradikku..
FAJ: yup NA
FAJ: ad2
FAJ: pnh bce
SNHMS: jazakillah juga...
FAJ: rinduuuuuuuuuuuuuuuuuu sgt
NA: i can't tell how much this usrah means to me
NA: i've been having a hard week
ffas: ;(..(actually this is happy tears)
FAJ: wa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
JM: mee too
NA: thanks!!!
JM: dok umah byk ujian
FAJ: FFAS
FAJ: nk nangis
NA: so much!!!

p/s: sayang anda semua!!! ukhuwah fillah abadan abada... :')