Assalamualaikum,
Ada 1 persoalan…
Manusia mudah lupa ATAU
manusia buat-buat lupa???
Saya telah menjalankan sesi temuramah bersama beberapa org yg
berdekatan di sekeliling saya. Jadi inilah hasil temuramah saya bersama
beberapa org yg sangat berlainan karakter,pendapat, pangkat, umur dan fikrah.
SOALAN 1:
Aku manusia,kau pun manusia. Manusia ini patutnya buat apa???
A : buat la apa2 yg patut… (dgn nada yg sgt2 kerek)
B : teruskan hidup atas muka bumi ini selagi nadi berdenyut (dgn
nada seorang sasterawan)
C : menggapai cita-citaku dan impian ku… (dgn penuh semangat
membara)
D : buat baik… (simple )
E : khalifah (2 : 30. Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat:
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi."
Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu
orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami
senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan
berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.") ‘Abid (51: 56. Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadahi kepada-Ku. )
SOALAN 2:
Manusia mudah lupa. Komen ???
A: mana ada… manusia kan bijak,ada akal…gunakan la…
B: sesetengah je kot… yang kuat ingatan takkan la mudah lupa
kan???
C: memang pun… kalau dah senang, dah kaya, dah berharta mudah je
kita lupakan jasa org lain kat kita… masa susah dulu sanggup tebalkan muka nak
minta tolong dgn org… manusia mmg mudah lupa… (erk,marah ke cik??? Sabar ek…sabarkan
separuh daripada iman…)
D: errmm, tak pastilah…banyak benda yg kena fikirkan nak jawab
soalan ini..kenapa manusia itu lupa??? Sebab tak sedar diri atau sebab ada
penyakit???
E: insan ialah makhluk yang tidak sempurna. Ini
bukan membawa maksud fizikal tetapi dari segi kerohanian dan tabiat ataupun
budaya ataupun personaliti manusia, insan tidak akan sempurna. Jadi sekali-sekala
manusia akan terlupa. Jadi,kita mestilah selalu berdoa agar ALLAH mengampunkan
segala dosa-dosa kita. (2:286.
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia
mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari
kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah
Engkau hukum kami jika kami lupa
atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban
yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya
Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami
memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah
Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.")
SOALAN 3:
Kalau manusia buat2 lupa pula. Apa pendapat
anda???
A: banyak je spesies manusia yang mcm tu… mesti
nak mengelak dari sesuatu punya lah…
B: setuju sebab kadang2 pun saya buat2 lupa…malas
nak layan kerenah orang yg pelbagai ragam ni… so, kalau terlupa boleh dimaafkan
la kan??? Kan??? Hahaha…(ketawa tak
ikhlas)
C: boleh ke kita buat-buat lupa??? Rasanya macam
tak boleh. Saya tak pernah lagi la setakat ini.
D: mestilah ada sebab kalau seseorang tu
buat-buat lupa kan??? Kita tak tahu kenapa dia buat macam tu…
E: kadang-kadang kita tahu akan sesuatu perkara
tapi kita sengaja ambil remeh tentang perkara itu. Contohnya kalau tentang
solat, semua orang Islam tahu solat itu seelok-eloknya ditunaikan pada awal
waktunya namun kita macam kurang ambil peduli tentang perkara itu. Bagi kita
kalau kita dah solat kira okey la tu…awal ke, tengah ke, akhir ke, itu semua
belakang kira. Bagi saya, itulah orang yg buat-buat lupa.dia tahu tapi sengaja
buat tak tahu. Alasannya, alorh~ biasa la
tu…kadang-kadang saya terlupa… banyak benda yang saya fikirkan… sesungguhnya ALLAH tidak pernah melupakan kita
melainkan kita yang selalu lupa kepadanya. Kita mestilah cuba untuk sentiasa
mendekatkan diri kepadanya… (57 : 16.
Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat
Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah
mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya,
kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi
keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.)
Sebenarnya manusia itu mudah lupa namun lebih banyak manusia yang
suka buat-buat lupa. Cuba kita renungkan kembali diri kita sendiri. Kita acapkali
mengambil mudah dalam urusan kita dengan ALLAH. Bagi kita, pintu taubat kan
masih terbuka selagi 1) ajal tak sampai
lagi… 2) matahari tak terbit dari barat. ALLAH kan Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang, mesti taubat aku diterima punyalah… ini yang perlu ditegaskan
kembali 1) kita tak tahu bila ajal kita sampai…saat ini,esok, lusa ,tulat,
minggu depan, tahun depan dan seterusnya. 2) kita tak tahu bila hari kiamat tiba…
sesungguhnya ALLAH itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang tetapi kalau kita
bertaubat main-main, adakah itu yang dinamakan taubat??? Selalu orang cakap, “aku ini muda lagi, enjoy la dulu…yang duduk
kat sejadah itu orang2 tua je…nnt aku dah tua aku bertaubat la…” kita perlu bersedia setiap masa untuk bekalan kita
ke akhirat nanti… matlamat hidup kita bukanlah untuk dunia ini sebab dunia ini
sementara je… yang paling penting nasib kita di akhirat kelak…aku manusia, kamu
manusia. Kita tak sempurana kerana kita ini manusia. Salinglah ingat-
mengingati antara satu sama lain. Tak ada salahnya saling ingat-mengingati ini
malah pahala kita Insyaallah akan bertambah jika kita ikhlas kerana ALLAH. Ada sesetengah
orang bila diingatkan tentang ALLAH suka berkata, “suka hati aku lah, urusan aku dengan ALLAH tak ada kena mengena dengan
kau. Kubur lain-lain la… jaga la amalan sendiri. Kau itu pun 2 x 10 dengan aku…”
kawan, manusia itu tidak sempurna. Imannya kadang-kadang naik, kadang-kadang turun.
Kita bukannya malaikat yang imannya sentiasa tetap… tak kisah la kau budak
sekolah agama ke, budak sekolah biasa ke, mak cik yang jual nasi lemak tepi
jalan ke, ustazah ke, ustaz ke, orang biasa ke, menteri ke… masing-masing perlu
mujahadah dan istiqamah dalam beribadah kepadaNYA… kita juga perlu sentiasa
mengajak ke arah kebaikan dan mencengah kemungkaran…manusia itu sama sahaja
darjatnya di sisi ALLAH..yang membezakan seseorang itu dengan seseorang yang
lain adalah iman dan taqwanya… kawan, sesungguhnya mencari keredhaan ALLAH itu bukannya mudah. Banyak pengorbanan
yang harus kita lakukan. ALLAH akan menguji keimanan dan ketaqwaan kita. Sejauh
mana kita faham dan patuh dengan perintahnya. Insyaallah, sama-samalah kita
berdoa agar kita ditetapkan hati di jalanNYA. Semoga ALLAH sentiasa merahmati
kita dan semua umat Islam. Semoga Islam akan tertegak kembali di bumi ini
Insyaallah… sama-sama lah kita berusaha dalam memperbaiki diri dan amal kita. Iman
dan hati kita perlu dijaga agar kita sentiasa taat dan patuh kepada
perintahNYA. Apa yang saya coretkan ini adalah situasi sekarang. Salah,silap,tatabahasa
teruk, tanda baca salah, tersalah eja, termerepek,terkasar bahasa adalah disebabkan
masih kurangnya ilmu di dada ini. Harap dimaafkan…asif jiddan…Sekian…