CERITERA HIDUPKU

CERITERA HIDUPKU

Monday, January 23, 2012

THE TALE OF MARI AND THREE PUPPIES


THE TALE OF MARI AND THREE PUPPIES

Assalamualaikum wbt semua…
Hari ini apa kata kita wat review movie…. Movie yang sarat dengan nilai2 murni ini memang patut ditonton oleh semua kerana kita boleh mengambil iktibar dan pengajaran daripadanya.
Anda semua pernah tengok tak cerita jepun yang bertajuk

‘ THE TALE OF MARI AND THREE PUPPIES’




 Pernah??? Atau tak pernah??? Tak apa… kalau tak pernah meh sini saya cerita sipnopsis dia..

Sinopsis : ada 2 org beradik ini.abangnya nama Ryeko dan adik perempuannya pula bernama Aya. Mereka tinggal dengan datuk dan bapa mereka.ibu mereka telah meninggal dunia..Sebabnya, saya tak pasti tapi rasa2 nya sakit.Ryeko memang seorang abang yg sangat penyayang dan bertanggungjawab. Dia amat rapat dengan adiknya. Suatu hari,mereka pergi ke Moon Field untuk bersiar2. Tibanya mereka di sana, terdapat seekor anak anjing yg teramat la comel. Aya mahu membela anak anjing tersebut namun Ryeko melarang kerana ayah mereka tidak menyukai anjing. Lalu, mereka pun meninggalkan anjing itu namun anjing itu terus mengekori mereka. Aya merayu kepada Ryeko untuk membela anak anjing tersebut dan akhirnya Ryeko pun membenarkan. Namun, mereka terpaksa menyorokkan anak anjing itu kerana takut dimarahi ayah mereka.Suatu hari,terkantoilah yang mereka ini membela anak anjing. Datuk mereka tak kisah namun ayah mereka tidak bersetuju. Aya yang sedih dengan bapanya melarikan diri bersama anak anjing itu ke Moon Field. Akhirnya ayah mereka membenarkan mereka membela anak anjing berkenaan dan anjing itu bernama MARI. Dipendekkan cerita,suatu hari gempa bumi yg dasyat melanda tempat tinggal mereka. Masa itu,Mari dah menjadi ibu kepada 3 ekor anak anjing yang sangat comel. Pasukan penyelamat terpaksa memindahkan penduduk ke tempat perlindungan. Kaki datuk Aya cedera teruk kerana dihempap almari. Mari berusaha untuk mengalihkan datuk Aya daripada dihempap oleh almari itu sehingga kakinya luka2 kerana terkena serpihan2 runtuhan yang tajam. Mari tak meninggalkan tuannya malah berusaha keras untuk menyelamatkan tuannya. Konflik timbul apabila pasukan penyelamat tidak boleh membawa Mari bersama ke pusat perlindungan.(part ini teramat sedih..sob..sob..) Jadi, tinggal Mari bersama anaknya di situ. Sepanjang ditinggalkan tuannya, Mari berusaha keras untuk mencari makanan bagi anak2nya di sebalik runtuhan2 rumah. Mari juga akan pergi ke Moon Field untuk mencari tuannya dgn harapan Aya akan muncul di situ. Mari amat rindukan tuannya.Disebabkan risaukan Mari, Aya mengajak Ryeko untuk mencari Mari di rumah mereka walaupun masa itu keadaan muka bumi di tempat mereka masih belum stabil lagi. Disebabkan kesiankan Aya, Ryeko pun bersetuju untuk pergi mencari Mari. Pada mulanya, Ryeko nak pergi sorang2 tp Aya berkeras nak ikut. Jadi ,mereka pun pergi bersama2 melalui jalan lama. Tetapi disebabkan cuaca yang buruk mereka hanya sampai sekerat jalan je. Mari pengsan kerana demam. Mereka diselamatkan ayah mereka. Setelah keadaan di rumah mereka sudah stabil, setiap seorang  wakil keluarga akan dibenarkan untuk pulang ke rumah mereka bagi mengutip barang2 yang masih boleh dipakai. Disebabkan penduduk kampung tahu bahawa Aya amat merindukan Mari jadi mereka membenarkan Aya dan Ryeko untuk menggantikan tempat mereka pergi ke kampung mereka dengan menaiki helikopter tentera. Aya,Ryeko dan ayah mereka mencari Mari dan anak2nya namun mereka tiada di rumah mereka. Jadi, Aya pun pergi ke Moon Field dgn harapan Mari dan anak2nya ada di sana. Dan setelah agak lama menjerit2 nama Mari, akhirnya mereka bertemu semula. (part ini pun sedih gak..sob..sob…) akhirnya, mereka hidup gembira bersama2…:D  






p/s: sebenarnya, lebih baik korang tengok sendiri sebab nak lebih menghayati movie ini.. baru la syok…kalau setakat baca sipnopsis apa yang bestnya..ye tak??? Kalau ada masa, korang bolehlah menonton filem yg sarat dengan nilai2 murni ni… dan ambil pengajaran daripadanya ok??? Barulah kita tak membuang masa.


to be continue.....



No comments:

Post a Comment