Assalamualaikum wbt.
Sebenarnya post ini dibuat secara
mengejut.hehehe..sebenarnya nak buat sambungan post sebelum ini tapi tak apalah…
hari ini keputusan A-level saya keluar… dan sememangnya saya mengharapkan keputusan
yang baik namun ketentuan ALLAH itu memang yang terbaik. Keputusan saya tidak
seperti yang diharapkan. Saya gagal untuk melepasi point yang telah ditetapkan JPA.
Macam mana saya dapat tahu result saya yang kurang memberangsangkan
ini???
-sebenarnya
agak lawak la…sejak dari pagi saya punyalah try nak cek result saya tapi x
dapat tembus2 juga..pada mulanya, saya mmg cuak giler tapi sbb banyak kali try
tp tak dapat2 perasaan cuak itu bertukar menjadi menyampah. Mungkin masa itu
semua orang nak cek result diorg sbb tu la ‘jam’ kot.. tak apalah..saya pun
membuka ‘mukabuku’ untuk meninjau2 keadaan di sana. Alhamdulillah~~ nampaknya
banyak di antara rakan saya yang berjaya melepasi point yg telah ditetapkan…
keadaan ‘mukabuku’ masa itu amat gumbira..tapi, saya punya result still x tau
lagi..disebabkan malas nak menunggu di depan laptop,saya pun menyibukkan diri
dengan membuat kerja rumah. Selesai mengemas rumah saya pun kembali duduk di
hadapan laptop kesayangan saya ini. Saya pun cuba untuk cek result saya namun
hampa…still jam… kawan2 saya plak dah dok tanya berapa result saya. Bukan saya
tak nak gtau tapi memang tak boleh buka.jadi saya pun meninjau sekali lagi ‘mukabuku’
tiba2 ada 1 message untuk saya. Saya pon bukak la.rupa2nya dari Mdm Syira…
madam tulis ‘salam..darling..be
strong!!k..its not the end of the world..skangni..plz bukak laman web upu,try
apply there..anything plz keep in touch dgn mdm..saya yang
masih blur itu pun menjawab : madam dah
tau ke result saya?saya x cek pon lagi mdm... hati mula rasa
berdebar2..x tenteram dah… saya pun dgn nekadnya menelepon mdm syira untuk
bertanyakan perihal result saya tapi mdm syira kata lebih baik saya yang cek
sendiri.mdm ingat saya dah cek dah result saya. Hehehe..lawakkan..saya dah bleh
agak dah result saya kurang memberangsangkan..dan akhirnya bila saya dapat
menembusi laman web CIE yg sgt2 lah busy itu,saya pun dapatlah melihat result saya…
Apa perasaan saya apabila melihat result saya???
-sebenarnya
dah boleh agak dah result tak berapa nak okey disebabkan peristiwa tadi… dan
apabila saya tengok result saya, saya agak kecewa la… tak lepas… tak dapat la
nak meneruskan cita untuk menjejakkan kaki ke bumi India sbg seorang pelajar medik…
lepas itu, saya cam blur jap… lepas itu
saya pun bagi tau la mak dengan ayah saya. Mereka agak kecewa mendengarkannya. Walaupun
mereka tak cakap tapi saya dapat lihat dari air muka mereka.tapi Alhamdulillah
mereka dapat menerima keputusan itu dengan baik… saya tak berapa nak kesah
perasaan saya sbb saya tahu saya boleh menghadapinya.Cuma saya tak mahu ibubapa
saya sedih.saya telah membuatkan mereka sedih. Mak… ayah… along nak mintak maaf
banyak2 kerana telah mengecewakan mak dan ayah…huhuhu…
Kepada semua rakan2 saya yang berjaya :
Tahniah
atas kejayaan korang!!! Aku tumpang gembira untuk korang… korang memang terbaik…
teruskan usaha korang.. maaf lah sebab mungkin kita tak dapat jumpa kat KI
nanti tapi kalau ada rezeki insyallah kita akan jumpa kan??? All the best for u
all… nanti kalau korang semua dah sampai ke India nanti jangan lupa belikan
saya buah tangan ok??? Hehehe…J yang paling penting sekali, jangan
sekali2 kita lupa akan tugas dan matlamat hidup kita yang sebenarnya… saya
doakan anda semua akan menjadi doktor yang cemerlang, gemilang dan terbilang
bukan hanya di dunia ini sahaja malah di sisi ALLAH kelak..amin~~ gambatte~~
Kepada rakan2 yang senasib dengan saya :
Kita merancang,
ALLAH merancang tapi ketentuan ALLAH itulah yang terbaik. Apa jua keputusan yang kita dapat
ucapkanlah Alhamdulillah… itu adalah keputusan yang terbaik untuk kita… sebagai seorang manusia
biasa, memanglah kita sedih+kecewa+kesal+tak percaya dengan keputusan yang kita
dapat tapi tak mengapalah… selagi ALLAH bersama dengan kita Insyaallah semua
akan ok… janganlah kita berputus asa sebab ALLAH tidak akan pernah menzalimi
hambanya… saya pasti ALLAH ada plan yang lebih baik untuk kita semua... apa
yang membuat saya gembira bila semua rakan2 yang senasib dengan saya dapat
menerima semuanya dengan redha… saya tak dengar lagi rakan saya yang meratap
atau menjerit2 sebab tak dapat menerima hakikat ini… Alhamdulillah, jalan tarbiyyah yang kita lalui membuatkan
kita terus tabah dan redha atas ketentuan-NYA.
Kepada lecturer2 yang selama ini bersusah payah mengajar
saya:
Terima kasih
yang tak terhingga saya ucapkan kepada semua lecturer yang tak putus2 mencurahkan ilmu, kasih sayang
dan semangat kepada saya dan rakan2 yang lain. Semoga ALLAH akan sentiasa
merahmati kalian… saya juga ingin
meminta maaf kerana tidak dapat mengotakan impian anda semua untuk melihat kami
semua fly. Doakan kami berjaya tidak
kira di mana jua kami berada. Kami juga akan sentiasa mendoakan kesejahteraan
kalian semua..semoga kalian terus tabah dalam mendidik anak2 muda seperti kami…
kepada
semua rakan2 yang tak putus2 memberikan kata2 semangat kepada saya, jujurnya
saya sangat2 terharu..sob..sob.. terima kasih sangat2… Insyaallah doa2 kalian
akan menguatkan semangat saya untuk menghadapi hari2 mendatang… saya ada baca satu blog ini, kalau
tak silap saya blog inche gabbana..blog ini memang menyentuh hati saya… ALLAH
memang tak pernah lupakan kita walaupun kita selalu lupa kat DIA. DIA tak
pernah lupa nak bagi kita oksigen walaupun kita lewat menunaikan solat , DIA
tak pernah patahkan anggota badan kita bila kita melakukan maksiat dan DIA tak
pernah bakar lidah kita on the spot bila kita mengumpat ataupun mencarut. Allah
sangat sayangkan hambanya. Jadi janganlah kita putus harapan kerana rahmat
ALLAH itu amatlah luas.
Ibrahim berkata: "Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat
Tuhan-nya, kecuali orang-orang yang
sesat."
Surah Al-Hijr : 56
Ada seorang teman saya yang menghantar mesej ini kepada saya:
Assalamualaikum.
Soba annur jundiy2 Allah sekalian… :-D ayuh kita lihat ayat2 chenta (89:15-16)
Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya
lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia akan berkata:
"Tuhanku telah memuliakanku." Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu
membatasi rizkinya maka dia berkata: "Tuhanku menghinakanku"
Segala
pemberian Allah adalah yang paling sesuai untuk kita…bukan kerana DIA memuliakan
kita atau menghina kita bahkan segala itu telah ditetapkan… terpulang kepada
kita bagaimana nak menghadapinya.sama ada merungut dan menyalahkan Allah…
mahupun bersyukur kepadaNYA kerana masih mahu memberikan kita sesuatu.. di
sebalik sesuatu PASTI punya HIKMAH tertentu…
Doakan kejayaan kita semua…insyaallah..walaupun
di mana jua kita berada pastikan kita jadi jundiy2 Allah yang sentiasa taat dan
patuh kepadaNYA. Amin…
Sekian,wassalam…
p/s:
membuat entri ini sambil mendengar lagu zain bhika (ALLAH KNOWS & ALLAH IS
ENOUGH FOR ME)… teramat feeling… J
No comments:
Post a Comment