CERITERA HIDUPKU

CERITERA HIDUPKU

Tuesday, August 23, 2011

CORETAN BUAT ...

Coretan buat ...
Ibuku yang tercinta,
Maafkan diriku yang sentiasa membuatkan dirimu terluka dan bersedih,
Ibulah insan yang teristimewa dalam hidupku,
Pengorbananmu tiada tolok tandingannya,
Kadangkala diri ini  lupa akan berharganya dirimu kepadaku,
Seringkali perkataan dan perbuatanku tersalah tingkah
Lantas menyakiti hatimu,
Aku mahu kau tahu bahawa tiada seorang manusia pun yang mampu menggantikan tempatmu di dalam hidupku,
Aku juga mahu kau tahu yang aku sangat menyayangimu,
Ibu,
Aku harap kita akan berbahagia bukan sahaja di dunia ini malah di akhirat kelak,
Ibu ,
Aku harap kita dapat bersama-sama bertemu di syurga yang hakiki…


Ayahku yang tersayang,
Maafkan diriku kerana selalu leka dan alpa dengan segalanya sehingga aku terlupa untuk mendengar segala amanahmu,
Aku tahu yang ayah sentiasa menaruh harapan yang tinggi terhadapku tapi aku sentiasa mengabaikan harapan itu,
Aku juga tahu yang kau sentiasa bersusah-payah dalam mencari sesuap nasi untuk keluarga kita,
Aku sedih setiap kali aku memegang tanganmu,
Kasar, penuh dengan parut dan seringkali tercedera,
Itu semuanya bukti atas segala usaha kerasmu,
Aku mahu kau tahu yang aku sentiasa menyayangimu,
Ayah,
Aku harap kita akan berbahagia bukan sahaja di dunia ini malah di akhirat kelak,
Ayah,
Aku harap kita dapat bersama-sama bertemu di syurga yang hakiki…


Adik-adikku yang ku kasihi,
Sebagai seorang kakak, aku sedar yang aku tidak menjalankan tanggungjawabku dengan baik,
Seringkali aku marah, melenting dan mengamuk,
Tetapi aku ingin kamu semua tahu yang kakakmu ini amat menyayangi kamu semua,
Aku tidak rela melihat kamu semua tenggelam dalam arus dunia yang semakin hari semakin mengganas,
Aku teringin sangat nak melihat adik-adikku semua berjaya dalam hidup terutamanya dalam Islam,
Ingatlah kita akan kembali kepada Pencipta kita,
Janganlah lalai dalam mengejar dunia kerana dunia ini hanya sementara,
Kelak akhirat jua yang menjadi tempat kita yang kekal abadi,
Adik-adikku,
Aku harap kita akan berbahagia bukan sahaja di dunia ini malah di akhirat kelak,
Adik-adikku,
Aku harap kita dapat bersama-sama bertemu di syurga yang hakiki…



No comments:

Post a Comment