CERITERA HIDUPKU

CERITERA HIDUPKU

Thursday, December 15, 2011

LUPA



Assalamualaikum,

Ada 1 persoalan…

Manusia mudah lupa ATAU manusia buat-buat lupa???

Saya telah menjalankan sesi temuramah bersama beberapa org yg berdekatan di sekeliling saya. Jadi inilah hasil temuramah saya bersama beberapa org yg sangat berlainan karakter,pendapat, pangkat, umur dan fikrah.

SOALAN 1:
Aku manusia,kau pun manusia. Manusia ini patutnya buat apa???

A : buat la apa2 yg patut… (dgn nada yg sgt2 kerek)

B : teruskan hidup atas muka bumi ini selagi nadi berdenyut (dgn nada seorang sasterawan)

C : menggapai cita-citaku dan impian ku… (dgn penuh semangat membara)

D : buat baik… (simple )

E : khalifah (2 : 30. Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.") ‘Abid (51: 56. Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadahi kepada-Ku. )

SOALAN 2:
Manusia mudah lupa. Komen ???

A: mana ada… manusia kan bijak,ada akal…gunakan la…

B: sesetengah je kot… yang kuat ingatan takkan la mudah lupa kan???

C: memang pun… kalau dah senang, dah kaya, dah berharta mudah je kita lupakan jasa org lain kat kita… masa susah dulu sanggup tebalkan muka nak minta tolong dgn org… manusia mmg mudah lupa… (erk,marah ke cik??? Sabar ek…sabarkan separuh daripada iman…)

D: errmm, tak pastilah…banyak benda yg kena fikirkan nak jawab soalan ini..kenapa manusia itu lupa??? Sebab tak sedar diri atau sebab ada penyakit???

E: insan ialah makhluk yang tidak sempurna. Ini bukan membawa maksud fizikal tetapi dari segi kerohanian dan tabiat ataupun budaya ataupun personaliti manusia, insan tidak akan sempurna. Jadi sekali-sekala manusia akan terlupa. Jadi,kita mestilah selalu berdoa agar ALLAH mengampunkan segala dosa-dosa kita.  (2:286. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.")

SOALAN 3:
Kalau manusia buat2 lupa pula. Apa pendapat anda???

A: banyak je spesies manusia yang mcm tu… mesti nak mengelak dari sesuatu punya lah…

B: setuju sebab kadang2 pun saya buat2 lupa…malas nak layan kerenah orang yg pelbagai ragam ni… so, kalau terlupa boleh dimaafkan la kan??? Kan???  Hahaha…(ketawa tak ikhlas)

C: boleh ke kita buat-buat lupa??? Rasanya macam tak boleh. Saya tak pernah lagi la setakat ini.

D: mestilah ada sebab kalau seseorang tu buat-buat lupa kan??? Kita tak tahu kenapa dia buat macam tu…

E: kadang-kadang kita tahu akan sesuatu perkara tapi kita sengaja ambil remeh tentang perkara itu. Contohnya kalau tentang solat, semua orang Islam tahu solat itu seelok-eloknya ditunaikan pada awal waktunya namun kita macam kurang ambil peduli tentang perkara itu. Bagi kita kalau kita dah solat kira okey la tu…awal ke, tengah ke, akhir ke, itu semua belakang kira. Bagi saya, itulah orang yg buat-buat lupa.dia tahu tapi sengaja buat tak tahu. Alasannya, alorh~ biasa la tu…kadang-kadang saya terlupa… banyak benda yang saya fikirkan…  sesungguhnya ALLAH tidak pernah melupakan kita melainkan kita yang selalu lupa kepadanya. Kita mestilah cuba untuk sentiasa mendekatkan diri kepadanya… (57 : 16. Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.)

Sebenarnya manusia itu mudah lupa namun lebih banyak manusia yang suka buat-buat lupa. Cuba kita renungkan kembali diri kita sendiri. Kita acapkali mengambil mudah dalam urusan kita dengan ALLAH. Bagi kita, pintu taubat kan masih terbuka selagi  1) ajal tak sampai lagi… 2) matahari tak terbit dari barat. ALLAH kan Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, mesti taubat aku diterima punyalah… ini yang perlu ditegaskan kembali 1) kita tak tahu bila ajal kita sampai…saat ini,esok, lusa ,tulat, minggu depan, tahun depan dan seterusnya. 2) kita tak tahu bila hari kiamat tiba… sesungguhnya ALLAH itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang tetapi kalau kita bertaubat main-main, adakah itu yang dinamakan taubat??? Selalu orang cakap, “aku ini muda lagi, enjoy la dulu…yang duduk kat sejadah itu orang2 tua je…nnt aku dah tua aku bertaubat la…”  kita perlu bersedia setiap masa untuk bekalan kita ke akhirat nanti… matlamat hidup kita bukanlah untuk dunia ini sebab dunia ini sementara je… yang paling penting nasib kita di akhirat kelak…aku manusia, kamu manusia. Kita tak sempurana kerana kita ini manusia. Salinglah ingat- mengingati antara satu sama lain. Tak ada salahnya saling ingat-mengingati ini malah pahala kita Insyaallah akan bertambah jika kita ikhlas kerana ALLAH. Ada sesetengah orang bila diingatkan tentang ALLAH suka berkata, “suka hati aku lah, urusan aku dengan ALLAH tak ada kena mengena dengan kau. Kubur lain-lain la… jaga la amalan sendiri. Kau itu pun 2 x 10 dengan aku…” kawan, manusia itu tidak sempurna. Imannya kadang-kadang naik, kadang-kadang turun. Kita bukannya malaikat yang imannya sentiasa tetap… tak kisah la kau budak sekolah agama ke, budak sekolah biasa ke, mak cik yang jual nasi lemak tepi jalan ke, ustazah ke, ustaz ke, orang biasa ke, menteri ke… masing-masing perlu mujahadah dan istiqamah dalam beribadah kepadaNYA… kita juga perlu sentiasa mengajak ke arah kebaikan dan mencengah kemungkaran…manusia itu sama sahaja darjatnya di sisi ALLAH..yang membezakan seseorang itu dengan seseorang yang lain adalah iman dan taqwanya… kawan, sesungguhnya mencari  keredhaan ALLAH itu bukannya mudah. Banyak pengorbanan yang harus kita lakukan. ALLAH akan menguji keimanan dan ketaqwaan kita. Sejauh mana kita faham dan patuh dengan perintahnya. Insyaallah, sama-samalah kita berdoa agar kita ditetapkan hati di jalanNYA. Semoga ALLAH sentiasa merahmati kita dan semua umat Islam. Semoga Islam akan tertegak kembali di bumi ini Insyaallah… sama-sama lah kita berusaha dalam memperbaiki diri dan amal kita. Iman dan hati kita perlu dijaga agar kita sentiasa taat dan patuh kepada perintahNYA. Apa yang saya coretkan ini adalah situasi sekarang. Salah,silap,tatabahasa teruk, tanda baca salah, tersalah eja, termerepek,terkasar bahasa adalah disebabkan masih kurangnya ilmu di dada ini. Harap dimaafkan…asif jiddan…Sekian…


No comments:

Post a Comment