Setelah berabad masa berlalu,
baru kini kutemui kekuatan,
aku rasa aku belum bersedia,
aku rasa aku belum mampu,
tapi Dia lebih tahu segala-galanya,
ya, aku memang merancang!
Terlalu banyak perkara yang bermain di minda,
banyak juga sangkaan yang timbul,
tapi,
semua itu hanya melemahkan aku,
berdiam diri membuatkan aku resah,
jangan sembunyi,
itu aku dengar dari seseorang,
sampai bila lagi?
anda mahu tunggu sampai bila lagi?
seseorang itu bertanya lagi,
lagi dan lagi.
Akhirnya,
dengan izin Yang Maha Kuasa,
aku mengambil langkah pertama,
berbekal sedikit ilmu yang ada,
Alhamdulillah,
segala-galanya baik.
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...